Connect with us

General

TMJ perkenan terima lantikan Penasihat Diraja ESM

Published

on

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan (kanan) menerima mengadap perwakilan dari Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM). Foto Facebook / HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima pelantikan selaku Penasihat Diraja kepada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

Baginda memuat naik satu status menerusi laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, mengenai perkara berkenaan pada malam Rabu selepas menerima mengadap perwakilan dari ESM Hisham Darus bersama Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan di Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, pihak ESM menyatakan penghargaan kepada Tunku Ismail di atas perkenan untuk menjadi Penasihat Diraja ESM.

“ESM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas Tunku Ismail di atas perkenan untuk menjadi Penasihat DiRaja buat persatuan ini.

“Baginda akan menasihati dan memberikan buah fikiran yang akan mengangkat industri e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi pada akan datang. 

“Diharapkan penggiat e-sukan tanah air akan terus memberikan sokongan kepada persatuan ini agar penstrukturan, penyelarasan dan pembangunan sukan elektronik ini dapat digerakkan ke peringkat akar umbi,” kata Hisham Darus.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved