Connect with us

General

Penganjur Gamers Raveout ingkar nasihat, teruskan promosi tawar minuman beralkohol – Hisyam

Published

on

KUALA LUMPUR – Penganjur Gamers Raveout dilihat telah mengingkari nasihat Persatuan E-Sukan Kuala Lumpur (ESKL) untuk tidak menawarkan sebarang bentuk penglibatan alkohol dalam acara dan bahan-bahan promosi e-sukan.

Presiden ESKL, Hisham Darus berkata pihaknya telah menghubungi penganjur untuk memperbetulkan kempen dan bahan-bahan promosi berkaitan acara itu yang dilihat menawarkan minuman keras atau beralkohol kepada peserta.

“Saya telah bertemu dengan penganjur pertandingan Danny (Ketua Pegawai Eksekutif 8UZZ) dan Ilya pada 22 Mei, selepas mendapat tahu mengenai acara Gamers Raveout yang secara terbuka telah menawarkan minuman beralkohol kepada peserta yang berdaftar.

“Pada awal pertemuan, Danny dilihat seperti kurang selesa kerana mungkin beranggapan bahawa, persatuan kami ingin mengenakan ‘wang perlindungan’ atau dalam bahasa pasarnya ‘pau’ bagi program-program yang tidak mengikut atau melanggar garis panduan.

“Namun saya telah menjelaskan bahawa, pertemuan tersebut bukanlah untuk memberi tekanan kepadanya untuk memberikan ‘wang perlindungan’ kepada saya, tetapi untuk mendidiknya supaya menjadi penganjur yang menjalankan program mengikut undang-undang dan menjaga sentimen masyarakat,” katanya ketika dihubungi WTM Today hari ini.

Bagaimanapun menurut Hisyam, setelah memperoleh sokongan bertulis daripada ESKL, penganjur dilihat telah mengikari nasihat tersebut dan masih meneruskan promosi yang telah ditegah sewaktu perbincangan pada 22 Mei itu.

Penganjur Gamers Raveout, 8UZZ turut melancarkan promosi berkaitan minuman beralkohol mesti telah ditegah ESKL

Penganjuran Gamers Raveout yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Jun akan datang bemula pada jam 3 petang sehingga 3 pagi dan bakal diadakan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Acara tersebut menampilkan beberapa judul permainan seperti Dota 2, Mobile Legends : Bang Bang dan PUBG Mobile.

Bagi kategori Dota 2, peserta perlu membayar sebanyak RM500 sebagai yuran penyertaan dan mempunyai pilihan untuk mendapat dua botol minuman keras atau minuman tidak beralkohol tanpa had pada hari acara tersebut.

Menurut Hisyam yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM), setiap pertandingan atau acara yang berkaitan dengan e-sukan, adalah secara dasarnya tertakluk kepada peraturan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Kami berharap, perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang dalam  semua program yang akan berlangsung. 

“Persatuan kami tegas mengenai perkara ini dan akan terus mendidik dan mendekati para penggiat e-sukan tempatan mengenai tatacara dan garis panduan asas yang perlu dipatuhi,”katanya. 

Tambah Hisyam lagi, jika pihak penganjur masih terus menawarkan sebarang bentuk penglibatan alkohol dalam acara tersebut pihak mereka akan menarik balik persetujuan yang telah diberikan.

Dia berkata, pihaknya akan memohon agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatalkan permit hiburan sementara selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Jika mereka masih membuat acara melibatkan alkohol, kami mohon DBKL ambil tindakan segera termasuk membatalkan permit penganjuran hiburan sementara dan menyekat acara e-sukan tersebut dari terus berlangsung,” tambahnya.

General

Organisasi esports nombor 1 AS, TSM ikat kontrak dengan pemain chess 32 tahun, Hikaru Nakamura

Published

on

Foto: YouTube / TSM

ORGANISASI E-sukan nombor 1 Amerika Syarikat, TSM mengikat kontrak dengan pemain chess profesionalnya yang pertama, Hikaru Nakamura.

Perkara itu diumumkan dalam satu video YouTube TSM yang bertajuk “Hikaru Joins TSM!” (Hikaru sertai TSM) pada awal pagi tadi.

Hikaru merupakan juara lima kali Kejohanan Chess Amerika Syarikat dan pernah memecahkan rekod Bobby Fisher (bekas juara dunia) untuk mendapat gelaran Grandmaster.

Dia yang mula bermain chess pada usia tujuh tahun, merupakan pemain nombor satu dalam Blitz Chess Dunia.

“Apa yang saya mahu lakukan adalah membawa pulang trofi juara untuk organisasi saya.

“Saya menyifatkan, peluang saya yang terbaik untuk melakukan perkara itu adalah dengan bersama TSM,” kata Hikaru dalam video tersebut.

Hikaru juga bukan satu nama asing dalam platform penstriman langsung Twitch.

Pemain chess yang berusia 32 tahun itu mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitch ketika ini.

TSM merupakan gergasi e-sukan dunia, terutama di Amerika Syarikat dan mempunyai beberapa skuad di bawah naungannya seperti League of Legends, Valorant dan Rainbow Six Siege.

Continue Reading

General

PMWL: Ini sebab uHigh direhatkan, keluarkan beast mode di Miramar dengan meneliti pihak lawan

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air Team Secret berjaya layak ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selepas menamatkan saingan League Weekend di tempat kedua dengan 94 mata secara keseluruhan pada semalam.

Pemain Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh)  dalam satu temubual berkata pasukannya berpuas hati dengan prestasi hari terakhir League Weekend itu dengan memperoleh dua Chicken Dinner.

uHigh berkata kehadiran Asyam Allam (Rex) sebagai pemain kelima turut mengukuhkan barisan pemain Team Secret MY ketika ini.

“Penambahan Rex membuka lebih banyak ruang dan pilihan kepada kami dalam mengatur corak permainan.

“Kehadiran Rex juga banyak menyumbang dari segi kekutaan firepower pasukan secara total,” jelas uHigh.

uHigh turut menjelaskan bahawa ketika direhatkan pada Selasa lalu, dia banyak menonton dari perspektif lain untuk meneliti pasukan-pasukan yang bertanding.

Ia juga memberi ruang kepada dirinya untuk memperbaiki kesilapan sebelum ini.

Keputusan uHigh direhat ternyata berbaloi dan memuaskan apabil pemain termuda PMWL itu apabila berjaya memberikan satuaksi yang menakjubkan apabila dengan mendapatkan sembilan mata bunuh secara seorang diri di peta padang pasir Miramar, sehari selepas direhatkan.

BACA: PMWL: Team Secret mara ke Super Weekend, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut

Team Secret MY secara keseluruhan memaparkan aksi kemunculan semula yang baik selepas dianggap kurang menyerlah dalam carta keseluruhan pada peringkat Super Weekend minggu pertama.

Pasukan Negara yang dibarisi Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Asyam Alam (Rex), Raymond Tan (iShotz), Dhiya Ulhaq (uHigh) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) berjaya memperoleh 38 mata bunuh sekaligus mengumpulkan 94 mata secara keseluruhan untuk mara ke peringkat Super Weekend

Team Secret akan mara ke peringkat Super Weekend di mana mereka akan menentang 15 pasukan lain dalam 15 pusingan untuk mendapatkan mata dalam carta keseluruhan PMWL.

Peringkat Super Weekend akan berlangsung pada jumaat sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Continue Reading

General

Liga Dunia sebuah maraton, ini baru permulaan – BiuBiu

Published

on

Foto Fail

PEMAIN profesional PUBG Mobile Team Secret Malaysia, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) menjelaskan bahawa Liga Dunia PUBG Mobile merupakan sebuah maraton dan hari pertama Opening Weekend hanyalah permulaan bagi perjuangan mereka.

BiuBiu berkata demikian dalam satu penstriman langsung di Instagram peribadinya pada malam tadi.

Foto: Instagram/ biu1215

Jelas BiuBiu, perlawanan yang berlangsung pada peringkat Opening Weekend dilihat sebagai platform terbaik untuk menganalisis corak permainan dan penukaran posisi pasukan-pasukan lain.

BACA: PMWL: Luxxy Bigetron RA akui uHigh pemain terbaik di dunia ketika ini

Team Secret MY memulakan hari pertama PMWL ini dengan agak baik apabila menduduki tempat keenam selepas pusingan pertama berlangsung.

Namun demikian, pada pusingan Vikendi dan Miramar, Team Secret MY tumpas kepada pasukan Mongolia NoChance dan TSM Entity dari India pada awal pertarungan.

Team Secret MY yang turut dibarisi uHigh, Rex, MADTOI, iShotz dan jurulatih JangS menduduki tangga ke-18 secara keseluruhan pada hari pertama Opening Weekend.

BACA: Selepas 3 kali toosoon Valdus The Murder dapat juga Chicken Dinner, Bigetron RA kekal ranking pertama

Pusingan Opening Weekend PMWL Timur akan berlangsung selama dua hari dan ia diadakan bagi menentukan pembahagian kumpulan bagi peringkat liga.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved