Connect with us

General

FO4: Misi RippedJean pertahan piala EACC, buru RM416,000

Published

on

Darren Gan (RippedJean) bersama ahli kumpulan FlashXGamesbond dalam acara cabutan perlawanan peringkat kumpulan seketika tadi. - Foto paparan skrin YouTube / FIFA Online 4

PEMAIN profesional e-sukan FIFA Online 4 (FO4) Darren Gan (RippedJean) bakal beraksi dalam Kejohanan Piala Kejohanan EA (EACC) Musim Bunga pada Sabtu ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul hampir RM 1 juta.

RippedJean yang bermain di bawah pasukan gabungan Malaysia dan Singapura FlashXGamesbond kini berada di Shanghai, China bagi menyertai kejohanan tersebut.

Pada acara cabutan undian perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung seketika tadi menyaksikan RippedJean bersama FlashXGamesbond berada di kumpulan A, PSG.LGD (China), Seongnam FC (Korea Selatan) dan Indo United (Indonesia).

Cabutan perlawanan peringkat kumpulan – Foto paparan skrin YouTube / FIFA Online 4

Perlawanan pertama akan berlangsung pada Sabtu nanti menentang Indo United.

Kejohanan tersebut yang disertai 12 pasukan dari enam negara akan berlangsung sehingga 26 Mei depan.

Ia menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM416,000 bagi juara, RM229,000 bagi naib juara dan RM99,000 bagi tempat ketiga.

Sementara itu, bagi penjaring terbanyak bakal menerima habuan kira-kira RM4,000.

Sebelum ini RippedJean bergelar juara Kejohanan EACC musim sejuk pada 17 November lalu dan membawa sebahagian wang tunai RM418,000.

ICYMI: Juara FIFA Online 4 “No Server No prolem” keluar Mineski

Dalam kejohanan berprestij tersebut, RippedJean turut membawa pulang trofi Anugerah Pemain Terbaik dan Anugerah Penjaring Terbanyak.

Sementara itu Pengasas Pasukan E-Sukan Gamesbond, Suki Lee berkata dia mengharapkan penyertaan organisasi e-sukan tempatan itu dalam arena FO4 mampu memberi tuah kepada RippedJean untuk memenangi kejohanan tersebut.

Bagi anda yang mahu menonton secara langsung Kejohanan EACC tersebut dan memberi sokongan kepada atlet e-sukan FO4 tanah air, boleh ke Facebook EA Sports FIFA Online 3 Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved