Connect with us

General

#EsportsBlueprint akan dibentang minggu pertama November

Published

on

Rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara akan dilancarkan selepas tamatnya Bulan Sukan Negara kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto YouTube / PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara akan dilancarkan pada minggu pertama November, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata pelancaran dasar tersebut akan dilakukan apabila tamatnya Bulan Sukan Negara.

“Rangka tindakan e-sukan ini dikatakan telah dijangka siap sejak bulan Mei yang lepas namun kita mendapatkan maklum balas secara menyeluruh sebab ini kali pertama kementerian akan menyediakan satu rangka tindakan jangka masa pendek dan panjang berkenaan pembangunan e-sukan.

“Jadi, baik kita mengadakan sesi melibatkan bersama semua pihak.

“Dalam rangka tindakan ini, banyak perkara yang telah pun dimasukkan. Apabila ia dibentangkan pada minggu pertama November, perkara ini akan diperincikan dengan lebih telus,” kata Syed Saddiq.

BACA: Dakwaan ‘task force’ dikepalai lantikan politik tidak betul – Syed Saddiq

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qidalam satu sesi Dewan Rakyat hari ini, yang meminta Syed Saddiq untuk menyatakan langkah-langkah dan status terkini rancangan untuk membangunkan bidang e-sukan di setiap negeri.

Dalam sesi yang sama, Syed Saddiq turut mengumumkan pihak kementeriannya akan menganjurkan Liga Sukan Elektronik (E-Sukan) Kebangsaan pada tahun hadapan.

Sebelum ini, dalam satu sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu Syed Saddiq berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Syed Saddiq turut mengumumkan lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved