Connect with us

General

Call of Duty: Rampage Gaming pertahan kejuaraan Asia, bawa pulang RM48,000

Published

on

RANGER:"Kemenangan ini juga membuktikan kami berpeluang untuk menunjukkan kuasa COD Asia di kepada dunia di Anaheim." - Foto: ESL ASIA

Pasukan Call of Duty (COD) RamPaGe Gaming berjaya mempertahankan kejuaraan Asia Black Ops 4 selepas menewaskan Love Potion 3-2 pada final.

Kejohanan yang berlangsung di CGA Esports Stadium, Hong Kong itu turut menyaksikan RamPaGe membawa pulang hadiah wang tunai RM48,000 dan menampah slot ke kejohanan CWL Anaheim nanti.

Kapten pasukan tersebut Abdul Hakiem Tajudin (Ranger) berkata kemenangan tersebut sebenarnya adalah sangat bermakna buat pasukannya.

“Kami ketinggalan 0-2 pada mulanya. Ahli-ahli lain dilihat sangat gemuruh dan gementar. Pada detik itu saya sedar tanggungjawab sebagai kapten, keperluan untuk memberi semangat mereka.

“Saya sebenarnya sangat bangga dan gembira untuk mereka terutama Rainyz dan Jericho kerana ini adalah kejohanan Asia pertama mereka.

“Kemenangan ini juga membuktikan kami berpeluang untuk menunjukkan kuasa COD Asia di kepada dunia di Anaheim nanti,” katanya kepada penganjur ESL Asia selepas memenangi kejohanan tersebut.

Kejohanan yang disertai empat pasukan terbaik Asia itu menawarkan hadiah wang terkumpul RM81,000.

RamPaGe Gaming ditubuhkan pada 2014 ketika menyertai Kejohanan Call of Duty Ghost Malaysia dan meraih tempat kedua.

Pasukan itu sebelum ini dikenali sebagai EvOlution RamPaGe dan dijenamakan semula sebagai RamPaGe Gaming pada  2016 ketika menyertai pertandingan peringkat antarabangsa buat kali pertama dalam Kejohanan COD Asia.

Antara pencapaian RamPaGe Gaming yang lain termasuk tempat kedua Kejuaraan COD Asia di Korea dan menduduki 16 teratas dalam Kejohanan Pro Circut di Sydney Australia pada tahun lalu.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved