Connect with us

General

AoV: “Terima kasih kerana menyokong kami” – M8HEXA

Published

on

Mesti beraksi dengan baik, keputusan perlawanan secara keseluruhan tidak berpihak kepada M8HEXA. - Foto Facebook / M8HEXA

PASUKAN Arena of Valor (AoV) tanah air M8HEXA tidak berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia (AWC) selepas perjuangan mereka terhenti di peringkat kumpulan.

Mesti beraksi dengan baik, keputusan perlawanan secara keseluruhan tidak berpihak kepada M8HEXA.

“Kami bangga apabila pemain-pemain kami dapat mewakili Malaysia dan pelayan server Valiant. 

“Walapun Valiant sudah tidak ada lagi selepas ini, kami jadikan perjuangan ini sebagai satu tribut kepada komuniti AoV MSP (Malaysia, Singapura dan Filipina).

“Kami mengucapkan terima kasih bagi mereka yang menyokong perjalanan kami. Pemain-pemain M8HEXA telah berkorban banyak dan sokongan anda sangat bermakna buat mereka,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Dalam pusingan peringkat kumpulan, M8HEXA sebagai satu-satunya wakil Malaysia seri satu sama bersama Amerika Syarikat dan Vietnam dan berjaya menewaskan pasukan Jepun 2-0.

Kejohanan AWC 2019 yang berlangsung di Da Nang Vietnam menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta secara keseluruhan.

Ia disertai 12 pasukan terbaik dunia, termasuk dari Taipei, Thailand, Vietnam, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Jepun.

Hadiah wang terkumpul bagi AWC itu termasuk kira-kira RM831,000 bagi juara, RM457,000 bagi naib juara dan RM207,000 bagi tempat ketiga dan tempat keempat.

Seperti yang diumumkan sebelum ini AWC 2019 memperkenalkan mod “Global Ban Pick” (Global BP) di pusingan kalah mati.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved