PUBG Mobile
Team X adalah Dingoz MPX
KUALA LUMPUR- Pasukan Dingoz Esports pada semalam memperkenalkan barisan pemain utama yang terbaharu, Dingoz MPX, yang terdiri daripada bekas pemain-pemain pasukan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL).
Melalui video yang berdurasi 1 minit 40 saat tersebut, Dingoz MPX memperkenalkan barisan pemainnya iaitu:
- Muhammad Harith Aimar bin Stanley (Rith)- Rusher
- Lokman Hakin bin Abdul Saddar (Bravo)- MultiRole
- Mohamad Saiful Annuar bin Shahrom (Eypul) –MultiRole
- Haziq Hanafi (Appy)- Support/ IGL
- Sahrul Daulay bin Jailani (Pemburu)- Support/ Rusher
Bravo merupakan pemain tunggal yang masih bernaung di bawah Dingoz Esports setelah mewakili pasukan tersebut pada musim kedua kejohanan PMPL MYSG.
Rith, Appy dan Pemburu sebelum ini terdiri daripada pemain pasukan Axis NRL MPX yang berjaya mendapat tempat ketujuh dalam peringkat akhir kejohanan PMPL Musim Kedua.
Eypul pula merupakan penambahan daripada pasukan NED Brotherhood.
Penukaran barisan utama pemain Dingoz ini menimbul persoalan mengenai situasi terkini mengenai pemain-pemain Dingoz MZ seperti Muhammad Nur Ihsan Bin Ismail (San) Thanuk A/l Pri Cha (Nuk), Norazizi Kamal (Ajiji) dan Muhammad Fahmi Abd Wahid (AG).
Ia juga menimbulkan persoalan siapakah yang akan menerima slot dalam PMPL MYSG yang seterusnya, sama ada Dingoz MZ atau Dingoz MPX.
Dingox MPX yang sebelum ini pernah menggunakan nama samaran “Team X” mengejutkan para peminat e-sukan negara apabila berjaya mendominasi latihan persahabatan Asia Tenggara (Scrim Saja-Saja SEA) yang melibatkan pasukan-pasukan terkuat dari seluruh rantau Asia Tenggara.
Dalam scrim tersebut, Dingoz MPX berjaya mengumpul 95 mata secara keseluruhan di atas pasukan-pasukan ternama seperti Team Secret MY, Bigetron Red Aliens dan Box Gaming.
Antara pencapaian lain barisan pemain baharu ini termasuklah meraih tempat keempat dalam kejohanan mini Dingoz 1.0 yang diadakan dari 15 hingga 18 Oktober lalu.
Mampukah Dingox MPX menjadi kuasa baharu dalam arena PUBG Mobile Malaysia?