Connect with us

PUBG Mobile

IronPro keluar sebab tidak setuju dengan penaja baru

Published

on

KUALA LUMPUR – Selepas menerima banyak tomahan palsu dan tuduhan liar, pemain profesional Mukhriz Fariq (IronPro) tampil membuat penjelasan kenapa dia tidak boleh bermain dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL) musim kali ini.

IronPro berkata ia disebabkan keputusannya keluar daripada pasukan pada saat-saat akhir iaitu pada hari Jendela Perpindahan PMPL ditutup.

Jelasnya dia memilih untuk meninggalkan pasukannya selepas mendapat tahu pihaknya akan menerima tajaan baharu pada 31 Julai yang lalu.

“Saya buat keputusan itu pada dua hari lepas. Pada 31 Julai yang lalu, mereka kata slot PMPL (Dingoz MPX) telah dijual kepada penaja baru. Dia cakap pun pada pukul 10 malam.

“Saya pun tidak sempat untuk mencari pasukan baru.

“Saya bukan tidak mahu bermain, tapi saya tidak bersetuju dengan penajaan baru itu,” kata IronPro kepada WTM Today pada hari ini.

Jelas IronPo, teman wanitanya juga terkena tempias ura-ura, yang kononnya dia tidak membenarkan IronPro untuk terus bekerja sebagai pemain profesional.

IronPro berkata, teman wanitanya tidak pernah menghalang dan menyekat cita-cita kariernya dalam e-sukan.

“Saya memang merancang untuk berkahwin tapi pada tahun hadapan. Jika saya  berkahwin pun, ia tak bermaksud saya nak berhenti menjadi pemain profesional,” tambahnya lagi.

IronPro turut melakukan penjelasan yang sama dalam satu IGLIVE pada petang tadi.

https://www.instagram.com/p/CSEzsj8JcUx/

 

Pada awal pagi semalam, Dingoz Esports mengumumkan IronPro tidak lagi bersama pasukan itu. Pengumuman itu dibuat pada jam 12 pagi Isnin.

Beberapa jam kemudian, Dingoz Esports turut mengumumkan kesemua pemainnya dilepaskan dan akan meneruskan karier e-sukan di tempat lain.

“Berat untuk kami mengumumkan bahawa perjalanan Dingoz MPX telah berakhir di sini sahaja.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Appy, IronPro, Pemburu, Rith dan Eypul kerana telah menunjukkan satu prestasi yang baik dan berjaya mengangkat nama Dingoz MPX,” kata Dingoz Esports dalam satu kenyataan.

Dalam kejohanan PMPL MYSG S3 yang diadakan pada April lalu, Dingoz MPX berjaya menjuarai peringkat liga dan mewakili Malaysia ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021.

Dingoz juga pernah membuat kemunculan di kejohanan antarabangsa yang lain seperti Peace Elite Asia Invitational 2021 pada April lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved