Connect with us

PUBG Mobile

Huya Cup: Team Secret belum panas jari lagi

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Team Secret Malaysia telah dipilih untuk menyertai Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021.

Kejohanan itu berlangsung sejak semalam dan akan berakhir pada 15 Ogos nanti.

Sebanyak 40 pasukan menyertai kejohanan itu dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 10 pasukan.

Berikut adalah senarai penuh pasukan-pasukan yang akan menyertai HUYA All-Star Cup Summer 2021:

Kumpulan A Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 – Foto: Huya TV

Kumpulan C Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 – Foto: Huya TV

Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 36 pasukan China dan 4 pasukan luar dari China iaitu, Team Secret Malaysia,  DRS Gaming (Nepal), The Infinity (Thailand), dan Zeus Esports (Mongolia).

Team Secret Malaysia hanya bermain sebanyak dua pusingan pada hari pertama dan mengutip sembilan mata secara kesuluruhan.

Team Secret Malaysia agak bernasib malang apabila bertembung awal dengan pasukan Nova K1 yang dibarisi pemain bintang pada pusingan pertama di peta Miramar.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Team Secret Malaysia terpaksa berputih mata di pusingan kedua setelah setelah diserang oleh dua pasukan dari arah yang berlainan dan terpaksa akur dengan satu mata yang diperoleh.

Team Secret Malaysia kini berada di tangga 34 daripada 40 pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu. 

Sementara itu, JSBOYS mencuri tumpuan apabila berjaya mengutip tiga Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam enam pusingan yang dimainkan.

JSBOYS yang merupakan cabang daripada pasukan 4 Angry Men memaparkan persembahan konsisten dan berkongsi mata dengan pendahulu liga iaitu Titan Esports Club dengan kutipan mata kesuluruhan sebanyak 96 mata.

Berikut adalah keputusan WWCD:

Map 1 – Miramar – Kumpulan AB – JSBOYS
Map 2 – Erangel – Kumpulan AB – Titan Esports Club
Map 3 – Miramar – Kumpulan AC – JSBOYS
Map 4 – Erangel – Kumpulan AC – Six Two Eight
Map 5 – Miramar – Kumpulan AD – JSBOYS
Map 6 – Erangel – Kumpulan AD – Z4

Manakala ranking keseluruhan hari pertama HUYA All-Star Cup Summer 2021 adalah seperti berikut:

Hari ini merupakan hari kedua Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 dan pasukan yang akan terlibat adalah pasukan dari kumpulan B, C, dan D.

Team Secret yang berada dalam kumpulan D akan bermain sebanyak empat pusingan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM196,000 (300,000 Yuan).

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved