Connect with us

PUBG Mobile

Huya CUP: Team Secret bangkit pada hari kedua

Published

on

MESKIPUN terpaksa bermain dengan ping yang tinggi sehingga menyebabkan sela masa (pause) semasa bermain, Team Secret Malaysia  tetap menunjukkan mutu persembahan yang baik pada hari kedua Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021.

Team Secret Malaysia kelihatan konsisten apabila kerap berada dalam kelompok sepuluh teratas menerusi setiap pusingan yang dimainkan semalam.

Menerusi kutipan mata kesuluruhan sebanyak 34 mata pada hari kedua, Team Secret Malaysia berjaya melonjakkan ranking keseluruhan ke tangga 24. Pasukan itu naik sepuluh anak tangga berbanding semalam.

Team Secret Malaysia akan diletakkan dalam senarai menunggu pusingan breakout kerana tidak berada dalam kelompok 20 teratas bagi ranking keseluruhan.

Pasukan itu berada di belakang Zeus Esports, DRS Gaming dan GAN untuk menunggu giliran untuk ke pusingan breakout.

Sementara itu pasukan China, 4 Angry Men (4AM) berjaya mengutip satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan terakhir sekaligus berjaya memintas pendahulu liga, Titan Esport Club dengan perbezaan dua mata.

Foto: Huya TV

Foto: Huya TV

Berikut adalah keputusan WWCD pada semalam:

Map 1 – Miramar – Kumpulan BC – JH
Map 2 – Erangel – Kumpulan BC – Exactly
Map 3 – Miramar – Kumpulan BD – NVK1
Map 4 – Erangel – Kumpulan BD – LGD Gaming
Map 5 – Miramar – Kumpulan CD – Weibo Gaming
Map 6 – Erangel – Kumpulan CD – 4 Angry Men

Hari ini merupakan hari pertama breakout stage dan tujuh pusingan akan dimainkan.

Pasukan yang berjaya untuk mengutip satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) akan layak secara automatik ke final breakout stage.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM196,000 (300,000 Yuan) secara keseluruhan.

 

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved