Connect with us

PUBG Mobile

HUYA CUP: Team Secret hampir dapat chicken!

Published

on

PADA semalam, Team Secret Malaysia hanya boleh mula bermain di pusingan kelima dalam Peringkat Breakout Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021.

Hal ini adalah kerana pasukan itu tidak berjaya untuk berada dalam kelompok 20 teratas di peringkat kumpulan, yang diadakan pada Selasa lalu.

Ketika bermain dalam pusingan kelima Peringkat Breakout, Team Secret Malaysia terpaksa pulang ke lobi lebih awal di tempat ke-19 kerana gagal mempertahankan kota Pochinki.

Walau bagaimanapun, dalam pusingan keenam di Miramar semalam, Team Secret Malaysia berjaya memperbaiki mutu permainan sehingga dilihat hampir mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD). 

https://www.instagram.com/p/CSLfVVeDP4g/

Berikut adalah keputusan WWCD Peringkat Breakout :

Map 1 – Erangel – Z4
Map 2 – Miramar – Nova Esports Youth
Map 3 – Erangel – YingYingYing
Map 4 – Miramar – Still Moving Under Gunfire
Map 5 – Erangel – Titan Esport Club
Map 6 – Miramar – Six Two Eight
Map 7 – Erangel – LGD Gaming

Pada peringkat ini, hanya 1 WWCD  diperlukan untuk mara ke Final Peringkat Breakout Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021. 

Team Secret Malaysia akan bermain sebanyak tujuh pusingan pada hari ini dan dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding hari pertama untuk mara ke final Peringkat Breakout.

Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM196,000 (300,000 Yuan) secara keseluruhan.

Anda boleh menonton kejohanan ini di platform HUYA TV, iaitu huya.com/660136.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved