PUBG Mobile
HUYA CUP: Team Secret masih ada peluang

HARI kedua bagi peringkat breakout Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 menyajikan persembahan yang kurang memuaskan dari pasukan Team Secret Malaysia.
Team Secret Malaysia melakukan satu perubahan dalam barisan pemain utamanya pada semalam iaitu dengan menggantikan Ahmad Fuad Razali (Fredo) kepada Aekachai Areesanan (Madtoi).
Kemasukan Madtoi ternyata memberi impak kepada gaya permainan Team Secret Malaysia apabila berjaya menamatkan pusingan pertama di tempat ketujuh dengan kutipan enam mata bunuh.
Walau bagaimanapun, Team Secret Malaysia gagal untuk meneruskan momentum positif yang dipamerkan seperti pusingan pertama pada baki enam pusingan seterusnya.
Team Secret Malaysia hanya mengutip dua mata bunuh dalam enam pusingan yang diserati dan menamatkan permainan di kedudukan ke-10 secara purata.
Hari ini merupakan peluang terakhir untuk mara ke peringkat akhir breakout.
Enam pusingan akan dimainkan dan sekiranya masih gagal untuk mara ke peringkat akhir, Team Secret Malaysia akan diletakkan dalam senarai tunggu pusingan akhir breakout atau ke pusingan pertama loser group.
Keputusan itu bergantung kepada ranking keseluruhan pada hari ini.
Berikut adalah pasukan yang telah melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya:

Foto: Huya TV

Foto: Huya TV
Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM196,000 (300,000 Yuan).
Anda boleh tonton di HUYA TV: huya.com/660136