Connect with us

PUBG Mobile

HUYA CUP: Team Secret Malaysia bakal tempuh laluan sukar

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile Team Secret Malaysia bakal menempuh laluan sukar untuk memburu slot peringkat akhir Musim Panas HUYA All-Star 2021 setelah gagal untuk mendapatkan satu Winner Winner Chicken Dinner pada hari ketiga peringkat breakout.

Peluang terbaik bagi Team Secret Malaysia hadir pada pusingan ketiga di map Erangel namun terpaksa akur apabila menyudahi permainan di tempat ketiga.

Team Secret Malaysia mengutip sebanyak 54 mata dalam 16 pusingan yang dimainkan di peringkat breakout dan  berkesudahan di tempat kelapan.

Ranking hari ketiga Musim Panas HUYA All-Star 2021 peringkat breakout

Kegagalan untuk mara secara automatik ke pusingan akhir breakout mengakibatkan Team Secret Malaysia diletakkan dalam senarai menunggu ketika ini.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan  Winner Winner Chicken Dinner di peringkat akhir breakout, Team Secret Malaysia akan bermain di peringkat loser group sebanyak enam pusingan.

Sementara itu, pasukan LK Gaming mencipta satu rekod baharu apabila berjaya mengutip 29 mata bunuh pada pusingan kelima dan mara secara automatik ke pusingan akhir breakout.

Berikut adalah pasukan yang telah melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya:

Foto: HUYA TV

Foto: HUYA TV

Hari ini merupakan hari pertama pusingan akhir breakout.

Sepuluh pusingan akan dimainkan pada peringkat pusingan akhir breakout dan Team Secret Malaysia hanya akan bermain di map kesembilan dan ke-10 sahaja.

Piala Musim Panas HUYA All-Star 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM196,000 (300,000 Yuan). Anda boleh tonton di huya.com/660136 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved