PUBG Mobile
HUYA CUP: Team Secret ke loser group

PADA hari kedua peringkat akhir breakout Musim Panas HUYA All-Star 2021 yang berlangsung semalam, pasukan Team Secret Malaysia hanya boleh bermain di pusingan ke sembilan dan kesepuluh sahaja.
Dalam dua pusingan yang dimainkan, Team Secret Malaysia mengutip empat mata sahaja secara kesuluruhan kerana pulang ke lobi awal.
Team Secret Malaysia menamatkan peringkat akhir breakout di tangga ke 18 daripada 19 pasukan yang bertanding dan gagal untuk mendapatkan sebarang Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Ranking peringkat breakout. – Foto: Huya TV
Team Secret Malaysia sekaligus diletakkan loser group pusingan pertama dan akan bermain sebanyak enam pusingan pada hari ini.
Sekiranya Team Secret Malaysia berjaya untuk menamatkan pusingan di tangga ke-10 teratas pada hari ini, pasukan itu akan mara ke peringkat kedua loser group.
Manakala tempat ke 11-15 akan mara ke peringkat resurrection. Jika mana-mana pasukan yang menamatkan perlawanan di tangga kelima dan ke bawah, mereka akan terus tersingkir dari kejohanan Musim Panas HUYA All-Star 2021.
Sementara itu, sepuluh pasukan telah pun layak ke peringkat akhir kejohanan itu secara automatik setelah mengutip satu WWCD di peringkat akhir breakout:

Foto: Huya TV
Anda boleh menonton kejohanan ini di laman rasmi HUYA TV, iaitu huya.com/660136