PUBG Mobile
Hahagus ‘ditidurkan’

“Kak, saya akan ditidurkan nanti.”
Itu kata Jurulatih pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK, Agusalim Amran (Hahagus) menerusi satu pesanan ringkas kepada penulis pada jam 11.08 pagi tadi.
Menurut Hahagus, dia terpaksa ‘ditidurkan’ unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.
Hahagus juga ada memuatnaik satu catatan Instastory pada tengah hari tadi: “Bye (Selamat Tinggal), ditidurkan dulu.”
Pada jam kira-kira 11.40 malam semalam, Agus telah dibawakan ke ICU Hospital Sungai Buloh.
Difahamkan, ia berikutan keadaan paru-parunya yang tidak berada dalam keadaan yang baik ketika ini.
Apa maksud Pesakit COVID-19 ‘ditidurkan’?
Memetik laporan Berita Harian 13 Jun 2021, Ketua Jabatan Anestesiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin berkata pesakit yang ditempatkan di ICU sememangnya kritikal dan prosedur bius untuk menidurkan pesakit COVID-19 adalah sebagai satu cara merawat bagi memberikan bantuan pernafasan.
Katanya, apabila mereka mengalami kegagalan pelbagai organ seperti kegagalan paru-paru yang teruk dan tidak boleh mencapai tahap oksigen yang cukup.
Pada detik ini ini juga Dr Ina berkata pesakit akan dipantau rapi selama 24 jam setiap hari, lapor Berita Harian.