Connect with us

PUBG Mobile

#HahagusKuat: Dy, aku nak kuat semangat

Published

on

Foto: Instagram / Hahagus

“Aku tak nak down (resah), aku nak kuat semangat sekarang.”

Itu kata-kata jurulatih pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK, Agusalim Amran beberapa minit sebelum dia terpaksa ‘ditidurkan’ pada tengah hari tadi di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dalam satu perbualan menerusi pesanan ringkas di Instagram bersama pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood), Hahagus menyatakan berhasratnya untuk terus bersemangat kuat menentang jangkitan Covid-19.

https://www.instagram.com/p/CSdreH5Ljim/

 

Pada jam kira-kira 11.40 malam semalam, Hahagus telah dibawakan ke ICU Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, ia berikutan keadaan paru-parunya yang tidak berada dalam keadaan yang baik ketika ini.

Apa maksud Pesakit COVID-19 ‘ditidurkan’?

Memetik laporan Berita Harian 13 Jun 2021, Ketua Jabatan Anestesiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin berkata pesakit yang ditempatkan di ICU sememangnya kritikal dan prosedur bius untuk menidurkan pesakit COVID-19 adalah sebagai satu cara merawat bagi memberikan bantuan pernafasan.

Katanya, apabila mereka mengalami kegagalan pelbagai organ seperti kegagalan paru-paru yang teruk dan tidak boleh mencapai tahap oksigen yang cukup.

Pada detik ini ini juga Dr Ina berkata pesakit akan dipantau rapi selama 24 jam setiap hari, lapor Berita Harian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved