PUBG Mobile
Hahagus semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR – Status kesihatan jurulatih pasukan PUBG Mobile, Gank, Agusalim Amran (Hahagus) kini semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19 .
Menurut pengurus Gank, Kevin Wong, selain Hahagus, beberapa pemainnya juga telah dijangkiti COVID-19 kecuali Abdul Azim Ikromi (Draxx).
“Hahangus sebelum ini berada dalam keadaan yang agak teruk.
“Walau bagaimanapun, dia kini semakin sembuh di hospital,” kata Kevin kepada WTM Today hari ini.
Gank merupakan antara pasukan PUBG Mobile tanah air yang berjaya melayakkan diri ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.
Liga itu akan berlangsung 24 Ogos sehingga 19 September nanti.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan 17,150 kes COVID-19 baharu pada hari ini dengan 160 kematian dicatatkan.
#COVID19 Malaysia recorded 17,150 new positive cases with 160 deaths. pic.twitter.com/IGBj7OBIoV
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 1, 2021