PUBG Mobile
Kid keluar Todak, dipancing Team Secret

PEMAIN profesional PUBG Mobile, Muhammad Danish Yusniza (Kid) sah dibeli Team Secret.
Namun menurut Ketua E-sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) pihaknya tidak boleh mendedahkan jumlah pemindahan pemain tersebut atas pemintaan Team Secret.
Ikuto berkata urusan pemindahan mengambil masa kira-kira dua minggu selepas Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC 2021) tamat pada 18 Julai lalu.
Jelasnya, Kid turut menerima tawaran daripada pelbagai pasukan selain Team Secret.
“Kid sebenarnya telah menerima banyak tawaran dari pelbagai pasukan dan kami membantu Kid untuk memilih yang terbaik untuknya,” kata Ikuto kepada WTM Today pada hari ini.
Team Secret turut mengumumkan Kid akan bermain untuk pasukan itu mulai hari ini.
Kid sebelum ini bermain untuk pasukan Todak dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Ketiga 2021.
https://www.instagram.com/p/CNXoymqpLb6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5b9b4643-3eb2-4785-821c-6ad71f0b5227
Dalam kejohanan itu, Kid dan Todak berada di kedudukan ke-18.
Todak juga tidak berjaya melepasi ke peringkat PMPL MYSG S4 selepas terkandas di peringkat PMNC.
PMPL MYSG S4 akan berlangsung pada 24 Ogos sehingga 19 September nanti.
Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM635,000 (AS$150,000).