Connect with us

PUBG Mobile

uHigh ke PMPL Indonesia, sah sertai Bigetron Red Aliens

Published

on

Foto: Bigetron Esports

WALAUPUN khabar angin ini telah bermula sejak tahun lalu, ia kini telah menjadi satu perkara realiti.

Tiada lagi ura-ura, pemain profesional PUBG Mobile, Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) kini sebahagian daripada Sang Aliens.

Perkara itu diumumkan organisasi e-sukan Indonesia, Bigetron Esports pada awal pagi Ahad.

“Kehadiran WonderBoy (Remaja Ajaib) dari Malaysia, uHigh, akan memperkukuhkan lagi pasukan Bigetron Red Aliens.

“Semoga dengan mutu persembahannya yang menakjubkan dan kehadirannya yang selalu memberikan sukacita dapat membawa warna baru dalam arena PUBG Mobile Indonesia!” kata Bigetron RA dalam satu video hari ini.

uHigh juga telah menukarkan nama akaun Instagramnya daripada @secret_uhigh kepada @btr_uhighbaee seketika tadi.

https://www.instagram.com/p/CSAO-CAJmDO/

Pada semalam, Uhigh sah keluar daripada Team Secret Malaysia selepas satu tahun dan lima bulan bersama.

Dalam satu video pengumuman Team Secret di YouTube, Uhigh berkata dia menghargai setiap pengalaman sepanjang bersama pasukan itu.

“Terima kasih kerana mengajar saya banyak perkara. Kita telah melalui banyak perkara.

“Terima kasih kerana telah memberikan satu peluang yang besar,” kata uHigh dalam satu video pengumuman Team Secret yang bertajuk ‘Thank You, uHigh’ di YouTube.

uHigh merupakan antara pemain muda dan berbakat besar.

Antara pencapaiannya bersama Team Secret Malaysia termasuklah menjuarai Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Pertama dan Musim Kedua 2020.

Pada PMPL MYSG Musim Pertama 2020, uHigh kerap muncul sebagai pemain terbaik dan telah memenangi beberapa anugerah termasuk Terminator Liga dan Grand Final MVP.

Uhigh juga telah membantu Team Secret untuk mara ke kejohanan antarabangsa seperti Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) 2020 dan 2021, Liga Dunia PUBG Mobile 2020 dan Kejohanan Global PUBG Mobile 2020 di Dubai.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved