Connect with us

PUBG Mobile

Bukan sekadar showmatch, Soloz juga akan beraksi dalam game penting PMPL

Published

on

Foto: Facebook / Soloz

PEMILIK pasukan Anti Circle, Mohd Faris Zakaria (Soloz) dijangka akan melakukan kemunculan dalam gelanggang profesional PUBG Mobile.

Perkara itu disahkan pengasas Team Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood).

Jelas Daddyhood, Soloz bukan hanya sekadar bersaing dalam perlawanan pertunjukkan (showmatch) namun dia juga akan beraksi dalam beberapa pusingan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura  Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 yang akan diadakan pada Ogos nanti.

“Saya dan XKPenjahat (Sopian Sultan) lebih kepada showtmatch dan mengisi kekosongan.

“Kalau Soloz mungkin akan masuk dalam beberapa pusingan dalam PMPL,” kata Daddyhood ketika dihubungi WTM Today semalam.

BACA: Saya hanya lengkapkan kuota pemain, bukan kerana kuasa ‘owner’ – Daddy

Pada semalam PUBG Mobile Esports mengumumkan Soloz akan menyertai barisan utama Anti Circle.

Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming Nombor 1 Malaysia, itu telah mula menaja pasukan Anti Circle sejak 29 September 2020.

BACA: “Soloz nak tolong kami macam dia pernah dibantu dulu,” – Superboi Anti Circle

Pada PMPL MYSG Musim Ketiga 2020 yang lalu, Anti Circle mengakhiri peringkat musim liga PMPL MYSG S3 dengan di ranking kelima dengan catatan 267 mata.

Pemain Anti Circle, Muhammad Ilham (Harm) dipilih sebagai Terminator Mingguan dan Terminator Liga PMPL MYSG S3. Dia juga menjadi pemain  pertama mencecah 100 kills pada peringkat liga itu.

Pada peringkat Grand Final PMPL MYSG S3 pula, Anti Circle berjaya berada dalam kedudukan tiga terbaik secara keseluruhan dengan kutipan 175 mata.

https://www.instagram.com/p/COGMbCTpVoe/

PMPL MYSG S4 akan berlangsung pada 24 Ogos sehingga 19 September nanti.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM635,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved