Connect with us

PUBG Mobile

Saya hanya lengkapkan kuota pemain, bukan kerana kuasa ‘owner’ – Daddy

Published

on

Foto: Facebook / Daddyhood

KUALA LUMPUR – “RAMAI yang beranggapan owner (pemilik pasukan) masuk barisan utama pemain sebab kuasa sebagai owner. Tapi sebenarnya tanggapan itu tidak betul, kami sudah mempunyai lima pemain profesional dalam Homebois. Saya hanya melengkapkan kuota pemain.”

Itu kata pemilik pasukan profesional PUBG Mobile Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) mengenai penyertaannya dalam pasukan itu sebagai pemain keenam mulai semalam.

Daddyhood juga menafikan penyertaannya sebagai pemain itu adalah langkah ‘Marketing‘ (pemasaran) semata-mata.

Jelasnya, tindakannya itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi komuniti PUBG Mobile Malaysia.

“Sebenarnya saya mahu menunjukkan yang tiada jurang antara pemilik pasukan dan pemain.

“Kami mahu komuniti lebih seronok.

“Pemilik EVOS Esports juga pernah melakukan perkara yang sama,” kata Daddyhood ketika dihubungi WTM Today semalam.

Tindakan Daddyhood sebagai pemilik pasukan yang menyertai barisan utama pemain bukanlah satu tindakan baharu dalam arena e-sukan.

Pada Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keenam (MPL MYSG S6) 2020 yang lalu, pengasas dan pemilik EVOS Esports, Ivan Yeo pernah mendaftarkan dirinya sebagai sebahagian daripada barisan EVOS SG.

BACA: Roster MPL: CEO EVOS SG akan turun bermain

Keputusan Ivan untuk bermain bersama anak-anak buahnya itu adalah untuk memahami pasukan itu dengan lebih baik.

Sementara itu, Daddyhood turut berkongsikan barisan utama Homebois yang akan menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021:

  • Azmal Jasni (iNaoki)
  • Muhammad Nur Ihsan Ismail (San)
  • Thanuk a/l Pri Cha (Nukk
  • Norazizi Kamal (Ajiji)
  • Muhammad Mustaqim Chan Bilal Chan (xSyko)
  • Daddyhood

Daddyhood juga berkata ia merupakan satu perkara mustahil untuk dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif bersama Homebois. Jelasnya, dia bercita-cita untuk menjadi Terminator (Pemain Terbaik) dalam perlawanan pertunjukan (showmatch).

PMPL MYSG S4 akan berlangsung pada 24 Ogos sehingga 19 September nanti.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM635,000 (AS$150,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved