Connect with us

Mobile Legends

Roster MPL: CEO EVOS SG akan turun bermain, Syno, Leixia berehat musim kali ini

Published

on

Foto: Facebook / MPL MYSG

KUALA LUMPUR – Barisan pemain terkini yang akan bermain dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim keenam telah didedahkan hari ini.

Antara yang menarik adalah apabila Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo akan bermain dalam barisan utama pasukan yang pernah memenangi MPL Musim Keempat, EVOS SG.

Menurus pengurus EVOS SG, Matthew Chan, keputusan Ivan yang menggunakan nama samaran dalam permainan (ToxiCeo) untuk bermain bersama anak-anak buahnya adalah untuk memahami pasukan itu dengan lebih baik.

“Kami sentiasa mahu mencuba untuk memahami di peringkat akar umbi.

“Ivan juga serasi dengan pemain-pemain kami. Jadi beliau berharap ini merupakan waktu yang terbaik untuk menyertai barisan utama dan memahami pemikiran pemain-pemain e-sukan.

“Walau bagaimanapun, kami mengakui peluang Ivan untuk bermain dalam musim kali ini agak rendah,” kata Matthew ketika dihubungi WTM Today hari ini.

Pada musim lalu, EVOS SG mendapat tempat keempat selepas tewas kepada pasukan Orange Esports Reborn pada peringkat akhir lower bracket.

Selain bergelar seorang CEO, Ivan juga merupakan pengasas EVOS Esports. Beliau pernah tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia bagi katergori sukan dan hiburan.

Berikut adalah barisan utama EVOS SG bagi MPL MYSG Musim Keenam:

  • Stefan Chong Ru Chyi (Soul)
  • Akihiro Furusawa (JPL)
  • Andrew Lim (Potato)
  • Ng Jun Hong (Pokemon)
  • Ong Wei Sheng (Aeon)
  • Ivan Yeo (ToxiCeo)

Selain itu, menjadi tumpuan perubahan barisan utama dalam MPL kali ini adalah apabila tonggak utama Team Bosskurr sebelum ini, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) dan Amir Afdal (Syno) dilihat akan digantikan dengan pemain lain.

Namun jurulatih Team Bosskurr, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) mengesahkan kepada WTM Today bahawa Leixia dan Syno masih berminat untuk bermain secara kompetitif.

Selain itu, tiga lagi pemain Team Bosskurr iaitu Herwin Baharuddin (Rush Makarov), Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) dan Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan) tidak akan bermain pada musim kali ini.

Berikut adalah barisan utama Team Bosskurr bagi MPL MYSG Musim Keenam:

  • Jamil Nurolla (Perisai)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Muhammad Zafri Che Mohd Zilkifli (Squpoz)
  • Syahmi Md Som (Sakura)
  • Izme Haqeem Hamsjid (KaizerJin)
  • Muhammad Aliff Najmi Zahrizan (Fakezz)
Foto: Facebook / MPL MYSG

MPL MYSG Musim Keenam akan membuka tirai pada 28 Ogos nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RMRM414,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved