Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Nafas baharu Alucard, Miya menerusi projek NEXT

Published

on

AKHIRNYA. Hero klasik Miya dan Alucard telah menerima pembaharuan baharu dari segi kostum dan senjata menerusi projek NEXT dari Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Mobile Legends kini menjadikan Miya kelihatan lebih kemas dan seperti seorang pemanah yang berani.

Miya merupakan wira pertama dan ikon MLBB. Menerusi pelancaran Project NEXT, Miya juga akan memulakan pengembaraan yang baharu.

Untuk menjadikan peranan Miya lebih aktif di dalam sesi pemilihan wira, pihak pembangun telah mengubah kemahirannya menjadi lebih progresif, meningkatkan kemahiran pasif dan kedua untuk memberikannya kekuatan serangan yang lebih besar, kebolehan mengawal yang tinggi, dan bergerak dengan lebih fleksibel.

BACA: Bila hero klasik Mobile Legends jadi makin power, semuanya kerana projek NEXT Mooton

Selain itu, pihak pembangun juga melakukan peningkatan yang banyak terhadap kemahiran Alucard meski mengekalkan penampilannya.

Selepas melakukan kajian yang mendalam terhadap maklum balas pemain, pihak MLBB mendapati bahawa kebanyakan pemain kagum dengan kebolehan Alucard ketika perlawanan ‘1 vs 1’, dimana Alucard mampu memberi serangan yang kuat kepada sasaran yang bersendirian.

Lebih spesifik lagi, pihak pembangun telah mengubah kemahiran pasif asal dan membuang kerosakan yang dihasilkan apabila tekniknya mengena dua sasaran.

Namun begitu, kemahiran pasif baru membenarkan Alucard untuk mengakibatkan kerosakan yang besar terhadap sasaran tunggal.

Disamping memberi lifesteal tambahan apabila menyerang sasaran, kemahiran ultimate yang baharu akan ‘menanda’ kesemua musuh di dalam kawasan kemahiran tersebut dan mencetuskan pasif Alucard terhadap mereka yang mana apa jua kemahiran Alucard gunakan, akan mengakibatkan kerosakan yang lebih besar semasa perlawanan berkumpulan.

Hal ini juga berbaloi untuk diberitahu sebagai perubahan tambahan dan penyesuaian teknik serta kisah antara wira yang telah dibentuk semula dari pelbagai sudut.

Project NEXT dari MLBB telah dilancarkan pada 19 Julai yang lalu untuk mengoptimumkan ciri-ciri unik wira-wira lama.

Ia juga merupakan satu projek jangka panjang, bertujuan untuk memberi para pemain pengalaman permainan serba baharu melalui perubahan wira, seni grafik, naik taraf muzik dan paparan dalam permainan.

MLBB akan terus berusaha untuk mengecapi dua asas utama, iaitu “Kualiti Yang Terbaik” serta “Pengalaman Yang Terbaik”. Ini juga salah satu sebab mengapa logo eksklusif telah direka untuk Project NEXT.

Emas melambangkan kegemilangan, keadilan dan semangat.

Permata biru bersinar membawa erti menara pertahanan di dalam permainan, dimana bukan sahaja mewakili harapan.

Bentuk ‘V’ di bahagian bawah, yang dilihat seperti pantulan puncak gunung, bermaksud pencapaian yang lepas dan pengembaraan yang baru sedang menanti, seperti mana nama ‘NEXT’ diberikan.

Wajar dikatakan bahawa Project NEXT sangat berbaloi untuk dinantikan. Pasukan pembangun akan sentiasa mengemas kini serta menyampaikan berita baharu tentang projek ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved