PUBG Mobile
Dingoz MPX juara liga, wakil pertama Malaysia ke SEA Final
PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Dingoz MPX muncul sebagai juara peringkat musim Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) selepas mengutip 366 mata secara keseluruhan pada peringkat Super Weekend.
Menerusi kemenangan yang penuh dramatik itu, Dingoz MPX yang sinonim dengan gelaran King of Scrim juga dipilih sebagai pasukan pertama PMPL MYSG ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3).
Dingoz MPX juga membawa pulang kira-kira RM35,000 (AS$8,500) menerusi kemenangan itu.
Sementara itu, pemain Dingoz MPX Haziq Hanafi (Appy) dipilih sebagai Pemain Terbaik Super Weekend 3 dan Pemain Terbaik Keseluruhan bagi pada peringkat liga.
Menurut pengurus Dingoz MPX, Ridhwan Idris pihaknya tidak berhenti berusaha keras untuk mencapai gelaran juara itu sejak PMPL MYSG S2 tamat.
Jelasnya, selepas musim lalu tamat, Dingoz MPX hanya berehat dua hari.
“Saya beritahu kepada Dingoz MPX, jika kami tidak memperoleh kemenangan pada musim kali ini, saya akan keluar dari bidang e-sukan kerana saya juga mempunyai kerjaya saya sendiri.
“Selepas tamat musim kedua, kami berehat hanya dua hari. Kemudian kami terus scrim (berlatih) dan bekerja keras untuk bersiap sedia berdepan dengan musim kali ini, Alhamdulilah, akhirnya kami berjaya melakukkan,” kata Ridhwan dalam satu temu bual selepas tamat PMPL MYSG S3 peringkat liga.
Berikut adalah ranking keseluruhan peringkat musim liga PMPL MYSG S3:
PMPL MYSG S3 akan kembali ke peringkat Grand Final pada 23-26 April nanti. Dua pasukan teratas akan mengikuti Dingoz MPX ke SEA Final.