PUBG Mobile
PMPL ID: Bigetron RA menang liga, EVOS dapat slot SEA

SELEPAS hampir sebulan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL S3) Musim Ketiga dijalankan, pasukan Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) muncul sebagai juara peringkat musim liga.
Pasukan Bigetron RA dari Indonesia itu berjaya mengumpulkan 378 mata secara keseluruhan sepanjang 66 pusingan yang dimainkan pada peringkat liga tersebut.
Pasukan tersebut turut mempunyai jumlah kemenangan Winner Winner Chicken Dinner tertinggi, iaitu dengan kutipan lima Chicken Dinner sepanjang peringkat liga.


Pada hari terakhir peringkat akhir Liga PMPL Indonesia, Bigetron RA berjaya mempertahankan kedudukan di puncak liga, sekaligus menamatkan saingan liga sebagai pasukan terbaik Indonesia buat masa ini.
Meski sudah menerima slot jemputan ke SEA Final selaku juara musim lalu, Bigetron Red Aliens dilihat mempamerkan aksi konsisten sepanjang peringkat liga dan bermain dengan kualiti permainan yang tinggi.
3 pemainnya iaitu Muhammad Albi (Ryzen), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dan Made Bagas Pramudita (Zuxxy) juga tersenarai dengan ranking pemain terbaik (MVP) bersama-sama dengan dua pemain EVOS Reborn iaitu Eksa Rachman (Red Face) dan Kautsar Faruq (KF).

Meskipun gagal untuk memenangi gelaran MVP kejohanan, rusher pemain pasukan Bigetron RA, Muhammad Albi (Ryzen) berjaya meraih gelaran terminator kejohanan, apabila berjaya memperoleh sebanyak 66 mata bunuh.
Menerusi kemenangan itu, Ryzen membawa pulang kira-kira RM4,400 (AS$1,000).
Dalam satu temu bual selepas kemenangan Bigetron RA, pasukan itu sempat memberi amaran kepada semua pasukan PMPL ID S3 yang berjaya mara ke Grand Final, iaitu: “Siapkan (kuatkan) mental kalian.”
Sementara itu, pasukan lain yang turut berjaya ke peringkat PMPL SEA Finals adalah EVOS Reborn yang berjaya menduduki tempat kedua bagi peringkat liga.
Pasukan EVOS Reborn berjaya mengumpulkan 365 mata sepanjang liga berlangsung dan berjaya memperoleh mata bunuh tertinggi sesebuah pasukan, iaitu 199 mata bunuh secara total.
Penambahan pemain-pemain baharu seperti Kautsar Faruq (KF) dan Nizar Lugatio (Microboy) jelas memberikan impak yang besar kepada corak permainan pasukan.
PMPL Indonesia akan kembali lagi di pada 16 April hingga 18 April bagi peringkat akhir kejohanan tersebut.
Dua lagi slot dipertaruhkan pada peringkat final PMPL Indonesia nanti.
Saksikan secara langsung melalui laman Youtube dan Facebook Gaming.