Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Thai: Valdus kembali ke SEA Final, TSJ tak lepas Grand Final

Published

on

Foto: PUBG Mobile

JAGUH berbisa Thailand, Valdus the Murder akan kembali membuat kemunculan dalam Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) selepas diangkat sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL Thai S3) 2021 semalam.

Valdus the Murder yang mengutip tujuh Chicken Dinner sepanjang Super Weekend berlangsung, mengutip 403 mata secara keseluruhan.

Kutipan itu merupakan rekod mata terkumpul terbanyak jika dibandingkan dengan kutipan mata di PMPL MYSG (336 mata), PMPL Vietnam (340) dan PMPL Indonesia (378 mata) ketika ini.

Selepas tiga minggu peringkat Super Weekend dimainkan, pemain veteran Valdus the Murder, Tinnapop Benjawong (Martin) dipilih sebagai pemain terbaik dengan kutipan 48 kills (mata bunuh) dan memberikan 12,663 kesan musnah.

Menerusi anugerah pemain terbaik itu, Martin membawa pulang kira-kira RM4,000 (AS$1,000).

Valdus The Murder masih menggunakan perkhidmatan pemain-pemain yang berpengalaman dalam PMPL musim kali ini. Berikut adalah senarai pemain Valdus The Murder ketika ini:

  • Tinnapop Benjawong (Martin)
  • Sompong Kaewsawang (Goddard)
  • Thitikorn Burananantakarn (Syx)
  • Peerawitch Jangpromma (Concept)
  • Arsin Songcharoen (Gewwy)

Sementara itu, satu-satunya pasukan Thailand yang menampilkan pemain Malaysia, Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rexxy), Secret Jin terpaksa berputih mata selepas tidak mempunyai kutipan mata yang mencukupi untuk melepasi ke Grand Final.

Pasukan itu baru-baru ini tidak melepasi ke peringkat Super Weekend 3 dan hanya mempunyai 137 mata.

Ia sekali gus memadamkan hasrat pasukan itu untuk mengulai pencapaian ke SEA Final seperti musim sebelum ini.

Berikut adalah ranking penuh peringkat musim liga PMPL Thai S3:

PMPL Thai S3, akan kembali berlangsung di peringkat Grand Final pada 23-25 April nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved