PUBG Mobile
Dingoz MPX nafi pengaruh pasukan lain tukar dropspot
PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Dingoz MPX yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara musim Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) menafikan pihaknya ada terlibat dalam mempengaruhi keputusan penukaran lokasi mendarat (dropspot) pasukan lain.
Dingoz MPX berkata keputusan bagi pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam liga itu untuk menukar dropspot, adalah hak masing-masing.
“Kami menghormati keputusan mana-mana pasukan yang mahu menukar dropsot, untuk bermain secara pasif atau agresif.
“Walau bagaimanapun, kami menafikan sekeras-kerasnya mengenai penglibatan kami untuk mempengaruh pasukan lain.
“Setiap pasukan mempunyai keputusan tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada WTM Today hari ini.
Pada semalam, Dingoz MPX muncul sebagai juara peringkat musim liga selepas mengutip 366 mata secara keseluruhan pada peringkat Super Weekend.
Menerusi kemenangan yang penuh dramatik itu, Dingoz MPX yang sinonim dengan gelaran King of Scrim juga dipilih sebagai pasukan pertama PMPL MYSG ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3).
Selain itu, pemain Dingoz MPX Haziq Hanafi (Appy) dipilih sebagai Pemain Terbaik Super Weekend 3 dan Pemain Terbaik Keseluruhan bagi pada peringkat liga.
Nafi turun di Lipovka
Menurut Dingoz MPX, walaupun pasukannya bukan pasukan pilihan peminat tapi pihaknya telah mencuba sebaik mungkin untuk memenangi kejohanan ini secara adil.
Dingoz MPX juga berkata mereka menyedari tidak semua yang berpuas hati dengan kemenangannya pada semalam.
Jelasnya, pihaknya tampil untuk memberi kenyataan hari ini untuk memberi penjelasan kepada semua pihak mengenai perkara-perkara yang berkaitan.
“Setiap keputusan yang pemain-pemain lakukan adalah berdasarkan analisis jurulatih kami.
“Di peta Miramar, kami telah dicabar beberapa pasukan dan kami jangka perkara yang sama akan berlaku di peta terakhir. Jadi kami membuat keputusan yang terbaik untuk pasukan kami.
“Keputusan itu adalah kerana untuk mengurangkan risiko pada pusingan terakhir. Namun kami masih cuba memuaskan hati semua orang dengan mendarat di kawasan yang tiada pasukan iaitu di Prison dan Mansion. Kami tidak pernah sekali pun menjejakkan di kawasan Lipovka seperti yang dinyatakan,” tambah Dingoz MPX.
Berikut adalah kenyataan penuh Dingoz MPX: