Connect with us

PUBG Mobile

Bukan rezeki kami, sabar guys – Fredo

Published

on

Foto: Facebook / Fredo Sameon

PEMAIN profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret MY, Ahmad Fuad Razali (Fredo) tidak ralat gagal meraih tempat pertama pada peringkat Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021 pada Ahad lalu.

Fredo berkata Team Secret MY sepatutnya boleh buat lebih baik dalam beberapa pusingan yang dipertandingkan pada hari terakhir peringkat Super Weekend 3, PMPL MYSG S3.

“Jika anda datang penstriman langsung saya untuk tanya kes semalam, untuk tanya apa kesimpulan, saya tiada jawapan.

“Saya tidak akan menghuraikan apa-apa, tidak akan menceritakan apa-apa. Saya tidak akan ambil kisah.

“Saya anggap sahaja tiada rezeki. Kami boleh buat lebih baik dalam beberapa pusingan awal sebelum pusingan terakhir,” kata Fredo.

Fredo berkata demikian dalam satu penstriman langung di Facebook pada semalam.

Dia dan Team Secret MY mengakhiri peringkat Super Weekend PMPL MYSG S3 dengan berada di kedudukan nombor dua dengan catatan 332 mata.

Kedudukan tempat pertama diduduki Dingox MPX dengan catatan 336 mata selepas tiga minggu peringkat Super Weekend dianjurkan.

Persaingan sengit pada peringkat liga itu menyaksikan Dingoz MPX mempunyai kelebihan empat mata berbanding bekas juara musim kedua, Team Secret MY.

Dingoz MPX yang pernah berada di ranking yang tidak memuaskan (ranking ke-14 ) pada minggu pertama Super Weekend berjaya melakukan satu kebangkitan besar pada minggu kedua dan ketiga Super Weekend sehingga dinobatkan sebagai juara.

Menerusi kemenangan itu, Dingoz MPX turut menerima slot ke Peringkat Akhir PMPL Asia Tenggara (SEA Final) yang dijangka berlangsung Mei nanti.

Lantaran itu, Fredo juga meminta peminatnya tidak kecewa dan tidak melakukan sebarang tindakan melulu.

“Sabar guys, jangan buat rusuhan di Warga J (Sebuah Kumpulan Komuniti di Facebook). Saya malas buka Facebook untuk minggu ini, tatal sahaja, drama. Tatal sahaja, drama,” tambah Fredo.

PMPL MYSG S3 akan kembali berlangsung pada peringkat Grand Final pada 23-25 April nanti, menampilkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile tanah air.

Dua slot ke SEA Final bakal jadi buruan pada peringkat Grand Final nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved