Connect with us

PUBG Mobile

Jersi terhad Harm Anti Circle sold out kurang 5 minit

Published

on

Foto: Shopee / Team Bosskurr

JUALAN jersi edisi terhad sempena meraikan rekod mata terbunuh terbanyak yang dilakukan pemain profesional PUBG Mobile Anti Circle, Muhammad Ilham (Harm) dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) habis dijual kurang lima minit.

Menurut pemilik pasukan Anti Circle, Mohd Faris Zakaria (Soloz) jersi itu dijual sebanyak 18 helai sahaja dengan RM1.80.

“108 bukan nombor biasa. Ini adalah nombor luar biasa (yang mewakili kills) sempena Harm menjadi Terminator PMPL MYSG S3 .

“Jadi Anti Circle ingin belanja anda satu barang baik dan boleh dipakai ketika Peringkat Akhir 2021 PMPL MYSG S3 nanti, ‘melanggar’ lokasi mendarat (dropspot),” kata Soloz di Facebook semalam.

Pada peringkat Super Weekend yang lalu, Harm turut dipilih sebagai Terminator Mingguan dan Terminator Liga.

Menerusi kemenangan itu, Harm membawa pulang kira-kira RM4,800 (AS$1,200).

Secara keseluruhan, Harm dan Anti Circle mengakhiri peringkat musim liga PMPL MYSG S3 dengan di ranking kelima dengan catatan 267 mata.

Selepas tiga minggu berlangsungnya peringkat Super Weekend, Anti Circle akan kembali beraksi pada peringkat Grand Final PMPL MYSG S3 pada 23-25 April nanti bagi memburu slot ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Selain Harm, Anti Circle terdiri daripada Superboy, Sniperman, Noxxy, dan Neo.

PMPL MYSG S3 yang telah bermula sejak 23 Mac lalu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved