Game for Peace
Format rasmi PEI, juara bawa pulang RM630,000

PEI2021: Liga Profesional Peace Elite (PEC) telah mengeluarkan satu panduan rasmi mengenai Kejohanan Jemputan Asia Peace Elite (PEI) 2021 pada malam tadi.
Menurut PEC, Kejohanan bertaraf Asia itu menggunakan sistem kompetitif dalam mod FPP (Perspektif Pandang Pertama) dan akan diadakan atas talian (online).
Dalam satu kenyataan di Weibo, PEC turut mendedahkan jadual pusingan peta akan diadakan mengikut turutan tersebut:
Pusingan 1 – Miramar
Pusingan 2 – Miramar
Pusingan 3 – Sanhok
Pusingan 4 – Erangel
Pusingan 4 – Erangel
Sementara itu, pembahagian mata juga berbeza seperti kejohanan PUBG Mobile. Kiraan mata dibahagikan seperti berikut:
Tempat pertama – 12 mata
Tempat kedua – 10 mata
Tempat ketiga – 8 mata
Tempat keempat – 7 mata
Tempat kelima – 6 mata
Tempat keenam – 4 mata
Tempat ke-7 dan ke-8: 2 mata
Tempat ke-9 sehingga ke-11: 1 mata
Tempat ke-12 sehingga ke-15: 0 mata
PEL 2021 akan dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu Kejohanan Wild Card dan peringkat final.
Peringkat Wild Card pula akan dibahagikan kepada dua, iaitu peringkat percubaan dan peringkat kelayakan.
Pada peringkat Wild Card hanya akan disertai 30 pasukan China dari Liga Kuasa Baru Peace Elite (Divisyen Kedua PEL) 2021.
Hanya 1 daripada peringkat Wild Card akan menyertai Team Weibo dan Royal Never Give Up (RNG) selaku pemenang dan penyandang tempat kedua PEL Musim Pertama 2021 ke kejohanan jemputan Asia itu.
Peringkat Wild Card akan bermula pada 22 April dan peringkat final akan bermula pada 27-29 April nanti.
Selain gergasi-gergasi China, PEI juga akan disertai beberapa negara Asia, termasuk Malaysia iaitu:
Malaysia
Dingoz MPX
Team Secret
Indonesia
Geek Fam ID
Bigetron Red Aliens
Thailand
Valdus The Murder
Power888 KPS
Vietnam
HVNB
Eagle Esports
Asia Selatan
DRS Gaming (Nepal)
ZEUS Esports (Mongolia)
Jepun
Reject
Korea Selatan
Warrior Esports
PEI 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira CNY¥3 juta (RM1.9 juta) dan juara akan membawa pulang kira-kira CNY¥1 juta (RM630,000).
PEI 2021 dijangka akan disiarkan di laman penstriman langsung China Douyu dan dan Huya TV.