Connect with us

Game for Peace

PEI 2021: Pasha sasar top 4 untuk Dingox MPX

Published

on

Foto: Huya TV / PEC

JURULATIH bagi pasukan PUBG Mobile tanah air, Dingoz MPX, Muhammad Nur Azmi Mohammed Halim (Pasha) mensasarkan kedudukan empat terbaik bagi pasukannya dalam Kejohanan Jemputan Peace Elite Asia (PEI) 2021.

Menurut Pasha, pasukannya akan menukar sedikit strategi taktikal pada hari terakhir PEI 2021.

“Kami gembira apabila diberi peluang untuk menyertai kejohanan PUBG Mobile yang menggunakan mod FPP (Perspektif Pandang Pertama).

“Dingoz MPX akan tukar sedikit strategi pada esok (hari ini) memandangkan kebanyakkan pasukan di PEI bermain dengan agresif,” kata Pasha dalam satu temu bual bersama hos PEI 2021, Luli.

Pada semalam Dingoz MPX berjaya membawa pulang kira-kira RM37,900 (60,000 yuan) selepas mengutip markah mata bunuh terbanyak pada pusingan ke-8 PEI 2021 di Sanhok. 

Dalam pusingan itu juga Dingoz MPX berjaya menyumbangkan Chicken Dinner pertama Malaysia dalam PEI 2021 dalam kejohanan itu.

Dingoz MPX juga menjadi negara Asia Tenggara yang kedua peroleh Chicken Dinner dalam kejohanan itu selepas pasukan Vietnam HVBM.

Dalam temu bual yang sama, Pasha turut ditanya hos jemputan yang juga pemain PUBG Mobile China, NOVA XQF, Lin Yien (King) mengenai apakah yang akan dilakukan dengan duit kemenangan itu.

Pasha berkata pihaknya tidak pasti bagaimana mahu membelanjakan duit yang dimenangi itu kerana masih mahu kepada kejuaraan PEI yang memasuki hari terakhir hari ini.

Sebelum bergelar seorang jurulatih, Pasha merupakan pemain profesional PUBG.

Berikut antara pencapaian Pasha sejak menyertai PUBG pada tahun 2018: 

  • Top 3 PUBG Southeast Asia Championship 2019 – Phase 3 Malaysia Qualifier – Gaventure
  • Top 1 Vegas Esport PUBG Pro Scrim – Gaventure
  • Top 1 Onslaught Season 1  – W gaming
  • Top 4 Grand Final AOC Battle of Visionaries – Malaysia Qualifier – Gaventure
  • Top 11 in Geek Event PUBG MY/SG Qualifier Grand Final – Silver wolves
  • Top 4 PCS4 my/sg 2019 – SEAGM.WULF
  • Acer predator 2019 – Redsea

PEI 2021 bakal menutup tirai pada malam nanti. Berbaki lima pusingan, kejohanan itu menampilkan 15 pasukan PUBG Mobile terbaik Asia.

Kedudukan terkini PEI 2021 setakat 28 April 2021– Foto Huya TV / PEC

Selain Dingoz MPX, skuad Malaysia turut diwakili Team Secret MY.

PEI 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.9 juta (3 juta yuan) dan juara akan membawa pulang kira-kira  RM630,000 (1 juta yuan).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved