Connect with us

Game for Peace

Weibo Gaming, RNG kutip RM50,500 hari pertama Peace Elite Invitational

Published

on

Dari kiri pemain Weibo Gaming,Z9, dan pemain Royal Never Give Up, Xing C. - Foto: Douyu TV / PEC

DUA pasukan Game for Peace (PUBG Mobile) China, Weibo Gaming (WBG) dan Royal Never Give Up (RNG) masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM50,500 (80,000 yuan) pada hari pertama Kejohanan Final Peace Elite Invitational (PEI) 2021.

Kemenangan hadiah wang tunai itu diberikan selepas kedua-dua pasukan itu memenangi dua anugerah mata bunuh terbanyak pada hari ini.

Menurut format PEI 2021, mana-mana pasukan yang mengutip jumlah mata bunuh terbanyak dalam sesebuah pusingan, mereka akan menerima habuan kemenangan kira-kira RM25,250 (40,000 yuan).

Berikut adalah adalah keputusan PEI 2021 pada hari ini:

WWCD
Pusingan 1 – Weibo Gaming (Miramar)
Pusingan 2 – Huya FA (Miramar)
Pusingan 3 – Weibo Gaming (Sanhok)
Pusingan 4 – Huya FA (Erangel)
Pusingan 5 – Weibo Gaming (Erangel)

Anugerah Mata Bunuh Terbanyak RM25,500 (40,000 yuan) / Setiap Pusingan:
Pusingan 1 – Weibo Gaming
Pusingan 2 – Huya FA
Pusingan 3 – Weibo Gaming
Pusingan 4 – Royal Never Give Up
Pusingan 5 – Royal Never Give Up

WBG mencatat mata bunuh terbanyak pada pusingan 1 di Miramar (12 markah) dan pusingan ketiga di Sanhok (15 markah). Manakala RNG menguasi mata bunuh yang banyak dalam dua pusingan (16 markah dan 13 markah) di Erangel pada hari ini.

Dalam PEI 2021, setiap tembakan bunuh semasa fasa (circle) 1 dan dua, pemain akan menerima 2 markah. Selepas fasa kedua sehingga fasa terakhir, pemain hanya akan menerima 1 markah bagi setiap tembakan bunuh yang dilakukan.

WBG dan RNG ketika ini mendominasi ranking PEI 2021 dengan masing-masing mengutip 99 mata dan 71 mata dalam sehari.

Sementara itu, dua pasukan Malaysia yang bertanding dalam kejohanan Asia itu iaitu Dingoz MPX dan Team Secret MY berada di ranking ketujuh dan ranking kelapan.

PEI 2021 akan kembali esok jam 6 petang dan disiarkan di laman penstriman langsung China, Douyu dan Huya TV.

PEI 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.9 juta (3 juta yuan) dan juara akan membawa pulang kira-kira  RM630,000 (1 juta yuan).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved