Connect with us

Game for Peace

Bidaan PEL: DaQuan paling mahal dengan harga RM4.3 juta, Team Chosen ‘shopping’ player

Published

on

Foto: Weibo / PEL

FRANCAIS Peacekeeper Elite League (PEL) telah melangsungkan sistem bidaan buat kali yang pertama untuk pemain yang disenaraikan dalam senarai perpindahan.

Jendela perpindahan liga PEL pada tahun ini telah bermula sejak 14 Julai sehingga 17 Julai lalu dengan 38 pemain telah disenaraikan.

Berdasarkan satu kenyataan menerusi platform Weibo, terdapat tiga peraturan yang ditetapkan oleh pihak PEL bagi pasukan yang berminat untuk membida pemain.

Tiga peraturan tersebut adalah:

  • Minimum harga kenaikan pemain mestilah 10% atau lebih daripada harga semasa.
  • Tidak ada had limit untuk bidaan seseorang pemain.
  • Sekiranya tiada pasukan yang melakukan bidaan untuk pemain selepas 18 jam bidaan yang terakhir, pemain itu secara rasminya milik pasukan yang melakukan bidaan terakhir.

Berikut adalah 5 pemain dengan nilai perpindahan tertinggi:

1. Chen Quan (DaQuan)=  RM4.3 juta (ShowTime ke Weibo Gaming)

Foto: Weibo PEL

 

Pemain yang sedang meningkat naik ini menjadi pemain kedua termahal dalam sejarah PEL iaitu dengan bidaan kira-kira RM4.3 juta (6.61 juta yuan).

Weibo Gaming sanggup untuk menawarkan harga yang tinggi untuk membeli DaQuan selepas gagal untuk mempertahankan kejuaraan PEL pada musim lepas.

Weibo Gaming kini dianggap sebagai calon juara untuk liga PEL S3.

2. Feng Shujie (Suk) =  RM3.45 juta (4 Angry Men ke Team Chosen)

Foto: Weibo PEL

 
Keputusan yang dibuat oleh Suk untuk berpindah keluar daripada 4 Angry Men (4AM) telah menyebabkan ramai peminat pasukan itu remuk redam.

Suk merupakan pemain dan pemimpin terbaik untuk 4AM sejak tahun 2019.

Suk berada di kemuncak prestasi pada tahun 2020 apabila berjaya merangkul pelbagai kejuaraan bersama 4AM selain pencapaian peribadi di peringkat liga China dan di dunia.

Dalam jendela perpindahaan yang lalu, Suk menerima bidaan sebanyak RM3.45 juta (5.3 juta yuan).

3. You Guochuan (FlowerC) = RM2.6 juta (Still Moving Under Gunfire ke Team Chosen)

Foto: Weibo PEL

FlowerC merupakan seorang lagi pemain veteran yang dibawa masuk ke pasukan Team Chosen selepas Suk. Menurut laman rasmi Weibo Team Chosen, FlowerC adalah kepingan puzzle terakhir untuk pasukan Team Chosen.

Dia telah menerima bidaan kira-kira RM2.6 juta (4.01 juta yuan). 

4. Tao Lupeng (86) =  Da Kun Gaming ke JD Esports (RM2.3 juta)

Perpindahan yang sangat mengejutkan bagi peminat PEL. Ramai yang mahukan 86 untuk bermain dengan pasukan gergasi namun tiada satu pun bidaan yang dibuat kecuali pasukan JD Esports iaitu dengan harga kira-kira RM2.3 juta (3.53 juta yuan).

86 memainkan peranan penting untuk pasukan DKG pada musim lepas.

Meskipun baru berusia 17 tahun, 86 merupakan seorang yang matang dalam membuat satu keputusan ketika bermain.

5. Chen Qi (Wyy) = Six Two Eight ke Team Chosen RM1.9 juta

Tahun 2021 merupakan tahun yang tidak bernasib baik untuk Wyy. Wyy dilihat sering disisih oleh jurulatih dan jarang diberikan peluang untuk bermain.

Wyy merupakan salah seorang pemain terbaik di PEL.

Dia dikenali sebagai pemain terbaik bagi serangan jarak dekat dan seorang pemain yang tidak takut untuk merusuh.

Dalam proses pemindahaan pemain, Wyy telah menerima bidaan kira-kira RM1.9juta ( 2.9 juta yuan).

Wyy adalah pemain kedua terbanyak di PEL yang mempunyai gelaran pemain terbaik keseluruhan (MVP) iaitu sebanyak 25. Hanya Zhu Bocheng (Paraboy) yang mempunyai gelaran MVP lebih daripada Wyy iaitu sebanyak 41.

Selain itu, Team Chosen juga telah membayar wang kira-kira RM1 juta untuk seorang lagi pemain Six Two Eight iaitu Wang Jiawei (Lolita).

Jumlah perbelanjaan Team Chosen pada jendela perpindahan kali ini adalah sebanyak RM8.95 juta.

Jendela pemindahan pemain ini dilakukan sebelum liga Peacekeeper Elite (2021) bermula. 

Tarikh rasmi untuk kejohanan itu masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved