PUBG Mobile
PMNC: Siapa yang akan ke akan PMPL?

Kerja keras tak pernah menipu, saingan kompetitif kini mewujudkan banyak saingan baru.
Pencabar baru PUBG Mobile, GRITG Ares menunjukkan satu prestasi yang konsisten sehingga kekal berada di ranking pertama Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PMNC) 2021 sejak semalam.
Dengan hanya kutipan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) GRITG Ares mengutip 157 mata selepas 10 pusingan dimainkan dalam PMNC 2021.
Pasukan itu mempunyai kelebihan 33 mata berbanding penyandang tempat kedua ketika ini, YSX Esport.
Sementara itu, perebutan slot tempat ketiga dan keempat kini dilihat menjadi tumpuan antara Yoodo Gank, NSEA dan Farang Lejund. Ketiga-ketiga pasukan itu mempunyai 101 mata, 94 mata dan 91 mata.
Ranking penuh PMNC 2021 setakat 17 Julai 2021:
Dari segi jumlah kutipan WWCD, YSX Esports masih mengekalkan rekod paling banyak iaitu kemenangan sebanyak tiga kali. Rekod itu berjaya dilakukan secara berturut-turut pada hari pertama PMNC 2021.
https://www.instagram.com/p/CRY863sJYos/
Berikut adalah keputusan WWCD Grand Final PMNC 2021 setakat 17 Julai 2021:
- Peta 1 – Erangel – YSX Esports
- Peta 2 – Miramar – YSX Esports
- Peta 3 – Sanhok – YSX Esports
- Peta 4 – Miramar – GRITG Ares
- Peta 5 – Erangel – Karakin Solo
- Peta 6 – Erangel – Yoodo Gank
- Peta 7 – Miramar – Sanhok Solo
- Peta 8 – Sanhok – The Farang Esports
- Peta 9 – Miramar – The Farang Esports
- Peta 10 – Erangel – GRITG ARES
Berikutan pencapaian muka-muka baru itu, ada yang menyifatkan ia sebagai satu usaha dalam membanteras stigma pemain biasa tidak boleh memberikan saingan kepada pemain-pemain profesional.
PMNC 2021 yang bermula sejak 1 Jun lalu menawarkan hadiah tunai sebanyak RM100,000.
Empat pasukan teratas pada peringkat Grand Final PMNC akan menerima slot ke peringkat Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) manakala tempat kelima sehingga ke-10 akan menerima peluang sebagai pasukan Wild Card di Grand Final Perlawanan Kelayakan ke liga profesional.
Kejohanan PMNC 2021 turut mendapat kerjasama daripada syarikat telko Yoodo dan syarikat teknologi, Xiaomi.