Connect with us

PUBG Mobile

PMWI: Valdus tak rilek, kutip 105 mata sehari

Published

on

Foto: PUBG Mobile

AURA ‘The Murder’ masih luar biasa, walaupun namanya telah tiada.

Itu apa yang berlaku kepada jaguh PUBG Mobile Thailand, Valdus Esports yang beraksi dengan sangat baik pada hari pertama Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) 2021 semalam.

Dalam lima pusingan yang dimainkan, Valdus Esports dilihat sangat konsisten sehingga mampu mengutip 105 mata dalam masa satu hari.

Pasukan itu juga berjaya mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD)  berturut-turut di pusingan keempat dan kelima PMWI 2021 yang berlangsung di Miramar dan Erangel.

Berikut adalah keputusan WWCD PMWI:

  • Map 1 – Erangel – Blacklist International
  • Map 2 – Sanhok – DRS Gaming
  • Map 3 – Erangel – Geek Fam
  • Map 4 – Miramar – Valdus Esports
  • Map 5 – Erangel – Valdus Esports

https://www.instagram.com/p/CRofAdSps9k/

Aksi cemerlang Valdus Esports itu kini mempunyai kelebihan 49 mata berbanding penyandang tempat kedua ketika ini, Geek Fam yang mempunyai 56 mata.

Satu-satunya wakil Malaysia itu turut dipuji pengulas antarabangsa berikutan corak permainan yang berkualiti dan matang terutama pada pusingan ketiga PMWI 2021 yang berlangsung di Erangel sehingga menghadiahkan kemenangan WWCD.

Walau bagaimanapun, Geek Fam tidak boleh selesa dengan kedudukan ketika ini kerana perbezaan mata yang tidak jauh berbanding penyandang tempat ketiga dan tempat keempat iaitu Blacklist International dan D’Xavier.

Kedua-dua pasukan itu mengutip 55 mata dan 51 mata ketika ini.

Berikut adalah ranking keseluruhan hari pertama WWCD PMWI 2021:

Foto: PUBG Mobile

Foto: PUBG Mobile

PMWI 2021 akan kembali berlangsung hari ini pada jam 7 petang. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta) yang akan digunakan untuk kebajikan.

Kejohanan itu akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved