Connect with us

PUBG Mobile

PMWI: Geek Fam top 2, Damrude dipuji ‘damgood’

Published

on

PENGULAS e-sukan antarabangsa memuji mutu persembahan pasukan tempatan Geek Fam dalam Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) 2021.

Antara pujian yang diberikan adalah ketika pasukan itu menyerbu pasukan Korea Selatan, DS Gaming, yang berada dalam sebuah bangunan di School, Erangel pada pusingan kelima semalam.

Meski ia mengorbankan seorang pemain Geek Fam dalam pentempuran itu, Mohd Irzam Aman Mohd Zaini (Damrude) berjaya muncul sebagai hero terakhir dengan menghantar pulang saki baki pemain DS Gaming ke lobi.

Berikutan tindakan Damrude itu, dia menerima pujian damgood (terlalu bagus) daripada pengulas, Maximillian Barraud dan Cormac Wyatt.

https://www.instagram.com/p/CRqcEZRH-o_/

Selain Damrude, Geek Fam terdiri daripada Mohd Yazid Sahol Hamid (Sane), Mohamad Nabil Nazaruddin (Snipes), Muhammad Syakir Nabihan Samsuri (Miracle) dan Ahmad Syafiq Imran Mohamad (Qb).

Geek Fam akan kembali bertarung pada hari ini dalam PMWI 2020 jam 7 petang.

PMWI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta) akan digunakan untuk kebajikan.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved