Connect with us

PUBG Mobile

PMWI: West paling banyak pun 106 mata

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KEPUTUSAN keseluruhan bagi Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) Barat 2021  memaparkan cerita berbeza berbanding wilayah Timur apabila tiada pasukan yang dilihat terlalu mendominasi dalam carta perlawanan.

Wakil daripada Kazakhstan, Konina Power berjaya mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) yang pertama di pusingan Erangel dan bermain dengan konsisten pada baki empat pusingan.

Konina Power berjaya melonjak sehingga lapan anak tangga dan kini berkongsi 106 mata dengan pasukan yang berada di tangga pertama iaitu Next Rüya Gaming.

Berikut adalah keputusan WWCD 2 PMWI Barat:
Map 1 – Erangel – Konina Power
Map 2 – Sanhok – QLASH
Map 3 – Erangel – Alpha 7 Esports
Map 4 – Miramar – Team ONYX
Map 5 – Erangel – Gunz Esports

Alpha 7 Esports menjadi satu-satunya pasukan yang mengutip 2 WWCD dalam 10 pusingan yang dimainkan.

Wakil dari Brazil itu kekal dengan permainan agresif di PMWI dah kini mengutip 96 kata kesuluruhan.

PMWI Barat 2021 akan kembali berlangsung hari ini pada jam 11:45 malam dan boleh ditonton di laman rasmi YouTube PUBG MOBILE Esports.

Sementara itu, pasukan yang sedang mendominasi di bahagian Timur, Valdus Esports kini sedang mendominasi ranking dengan kutipan 156 mata.

https://www.instagram.com/p/CRrJSO_pALD/

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved