Connect with us

PUBG Mobile

PMWI: Mahgribi cuba tawan West, kutip 100 mata sehari

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile Road To Glory Esports menunjukkan corak permainan berkelas dunia apabila berjaya mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada hari ketiga Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) 2021 wilayah Barat.

Jaguh dari Maghribi itu kini berada di tangga kedua ranking keseluruhan dengan kutipan 179 mata, tiga mata dibelakang pasukan Kazakhstan, Konina Power.

Manakala Gunz Esports memaparkan persembahan terburuk pada hari ketiga apabila hanya berjaya mengutip sembilan mata dalam lima pusingan yang dimainkan.

Wakil daripada Iraq tersebut kelihatan bergelut untuk mempertahankan lokasi mendarat dan sering pulang ke lobi di awal permainan.

Berikut adalah keputusan WWCD 3 PMWI Barat:
Map 1 – Erangel – RTG Esports
Map 2 – Sanhok – RA’AD Esports
Map 3 – Erangel – Next Rüya Gaming
Map 4 – Miramar – RTG Esports
Map 5 – Erangel – Konina Power

Masih ada baki lima pusingan untuk menentukan siapa yang akan menjadi juara PMWI Barat.

Perebutan kejuaraan bagi kejohanan ini masih terbuka luas bagi empat pasukan yang kini sedang berada di kedudukan teratas.

PMWI Barat 2021 akan kembali berlangsung hari ini pada jam 11:45 malam dan boleh ditonton di laman rasmi YouTube PUBG MOBILE Esports.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved