Connect with us

PUBG Mobile

Alpha 7 Esports masih berkelas dunia, tawan PMWI Barat

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN Alpha 7 Esports muncul sebagai juara Kejohanan Dunia Jemputan PUBG Mobile (PMWI) 2021 wilayah Barat setelah mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada hari terakhir perlawanan.

Pasukan nombor satu dari Brazil itu memaparkan permainan yang konsisten sepanjang empat hari kejohanan berlangsung meskipun bermain dengan sangat agresif.

Alpha 7 Esports mengutip empat WWCD secara total selain menjadi pasukan yang mempunyai mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 119 mata bunuh. Alpha 7 mengumpul 251 mata secara kesuluruhan iaitu 24 mata di hadapan Konina Power.

Wakil daripada Amerika Syarikat, Ghost Gaming membuat kebangkitan pada hari terakhir setelah berjaya mendapatkan dua WWCD berturut-turut pada pusingan yang ketiga dan keempat.

Hasil daripada kemenangan tersebut, ia berjaya melonjakkan ranking keseluruhan Ghost Gaming sebanyak tujuh anak tangga dan menamatkan kejohanan di tangga kelima. 

Pemain bintang Konina Power, Bulat Sharafutdinov (KnowMe) dipilih sebagai pemain terbaik (MVP) apabila berhasil mengutip 34 mata bunuh dan 8070 mata musnah.

Foto: PUBG Mobile

Berikut adalah keputusan penuh WWCD  PMWI Barat:

Map 1 – Erangel – RTG Esports
Map 2 – Sanhok – Destiny
Map 3 – Erangel – Alpha 7 Esports
Map 4 – Miramar – Team Queso
Map 5 – Erangel – Next Rüya Gaming
Map 6 – Erangel – Konina Power
Map 7 – Sanhok – QLASH
Map 8 – Erangel – Alpha 7 Esports
Map 9 – Miramar – Team ONYX
Map 10 – Erangel – Gunz Esports
Map 11 – Erangel – RTG Esports
Map 12 – Sanhok – RA’AD Esports
Map 13 – Erangel – Next Rüya Gaming
Map 14 – Miramar – RTG Esports
Map 15 – Erangel – Konina Power
Map 16 – Erangel – Alpha 7 Esports
Map 17 – Sanhok – Gunz Esports
Map 18 – Erangel – Ghost Gaming
Map 19 – Miramar – Ghost Gaming
Map 20 – Erangel – Alpha 7 Esports

Sementara itu, berikut adalah ranking penuh selepas 20 pusingan dimainkan di peringkat PMWI Barat:

Foto: PUBG Mobile

Foto: PUBG Mobile

Semalam pihak PUBG Mobile ada mengumumkan kejohanan antarabangsa yang terbesar untuk tahun ini iaitu Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 melalui laman rasmi YouTube.

Menurut penganjur, hadiah wang terkumpul adalah sebanyak RM25.4 juta (AS$6 juta) dan terbesar dalam sejarah industri e-sukan peranti mudah alih.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved