Connect with us

PUBG Mobile

Ambil duit player, manager kena ban sampai tahun depan

Published

on

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus pasukan PUBG Mobile Malaysia telah diharamkan daripada terlibat dalam sebarang kejohanan rasmi e-sukan itu sehingga 31 Disember 2022 kerana dipercayai telah mengambil hadiah duit kemenangan untuk kegunaan peribadi.

Menurut pihak PUBG Mobile, pengurus pasukan juga tidak mengagihkan duit kemenangan itu kepada pasukan.

“Kami telah mengenalpasti salah laku dalam pihak pengurusan ini daripada pasukan TEAM ASSASINO.

“Kami akan memandang isu ini dengan serius dan akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk melindungi pemain.

“Kami akan sentiasa menyokong dan membantu pasukan profesional dan pemain PUBG Mobile. Kami juga akan terus mengukuhkan bidang peraturan bagi terus menyediakan pertandingan yang yang adil dan kompetitif, ” dakwa PUBG Mobile dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, pihak PUBG Mobile menamakan pengurus tersebut adalah Muhammad Hallaj dari pasukan TARA ASSASINO.

Walau bagaimanapun, PUBG Mobile tidak mendedahkan nama kejohanan yang disertai TARA ASSASINO dalam kenyataan itu.

TARA ASSASINO pernah menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) pada tahun lalu.

Pada musim kedua PMPL MYSG 2020, pasukan itu mengakhiri di tangga ke-18 dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM3,700 (AS$875).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved