Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Yoodo Gank belum top 4, YSX kutip 3 Chicken berturut-turut

Published

on

HARI pertama Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021 menyaksikan muka-muka baru seperti GRITG Arex dan YSX Esports mendominasi carta keseluruhan ketika ini.

Dalam lima pusingan pertama PMNC 2021, GRITC Arex mendahului dengan 91 mata dan satu Chicken Dinner.

Pasukan itu mempunyai kelebihan 25 mata berbanding YSX Esports yang kini berada di tempat kedua dengan catatan 66 mata secara keseluruhan.

Walaupun mempunyai 66 mata ketika ini, YSX Esports mencipta kejutan dengan mengutip tiga Chicken Dinner berturut-turut pada hari ini.

https://www.instagram.com/p/CRY863sJYos/

Gabungan empat pemain solo menerusi satu pasukan baru iaitu Karakin Solo menunjukkan keserasian yang agak baik sehingga berada di tangga keempat Grand Final PMNC 2021 ketika ini. Pasukan itu juga berjaya memperoleh satu Chicken Dinner.

Berikut adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) Grand Final PMNC 2021:

  • Peta 1 – Erangel – YSX Esports
  • Peta 2 – Miramar – YSX Esports
  • Peta 3 – Sanhok – YSX Esports
  • Peta 4 – Miramar – GRITG Ares
  • Peta 5 – Erangel – Karakin Solo

Sementara itu, nama-nama besar seperti Yoodo Gank dan Team Bosskurr masih belum berada dalam kelompok empat teratas.

Namun begitu, kedua-dua pasukan masih mampu mengutip markah yang agak memuaskan iaitu 42 mata.

Berikut adalah ranking terkini PMNC 2021:

Berbaki dua hari lagi, siapa yang akan ke liga PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura menerusi PMNC 2021?

Jika anda terlepas perlawanan hari ini, boleh tonton di YouTube PUBG Mobile Malaysia.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved