PUBG Mobile
Soultan sertai Yoodo Gank, perkukuh gameplay

PENGULAS e-sukan tanah air, Fawwaz Sehaimi (Soultan) sah menyertai pasukan PUBG Mobile popular tanah air Yoodo Gank sebagai penganalisis.
Menurut Pengurus Yoodo Gank, Kevin Wong, Soultan mempunyai skil analisis permainan yang sangat baik dan perkhidmatannya dijangka akan mengukuhkan lagi Yoodo Gank sebagai skuad PUBG Mobile.
“Soultan merupakan seorang penganalisis permainan yang sangat baik.
Kami berharap kami dapat memanfaatkan pengetahuan Soultan yang seterusnya akan mengukuhkan prestasi Yoodo Gank secara keseluruhan,” kata Kevin Wong kepada WTM Today.
Sebelum bergelar sebagai pengulas PUBG Mobile, Soultan sempat bermain e-sukan itu secara kompetitif selama tiga bulan.
Sementara itu, Yoodo Gank akan kembali beraksi dalam gelanggang profesional PUBG Mobile esok, menerusi Grand Final PMNC 2021.
Pasukan itu perlu berada dalam kedudukan empat terbaik, jika mahu kembali ke arena Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.
Pada PMPL S3 2021 yang lalu, Yoodo Gank yang pernah menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara pada tahun 2020, berada di tangga ke-13 dan hanya mampu berputih mata apabila tidak layak menerima slot PMPL MYSG S4.