PUBG Mobile
PMWI: No socmed, no stream untuk BTR

“No social media, no streaming. Just us.”
Itu rancangan Jurulatih Bigetron Red Aliens (Bigetron RA), Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs) sebagai persiapan menjelang kejohanan antarabangsa, PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2021 yang akan diadakan pada 22-25 Julai nanti.
Menurut Jangs, dalam satu sesi bootcamp itu nanti dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan meningkatkan keserasian antara pemain-pemain Bigetron RA.
“Rancangan kami adalah dengan mengekalkan rutin harian seperi melakukan scrim (perlawanan persahabatan) sebanyak dua kali sehari.
“Kemungkinan satu seminggu sebelum PMWI bermula, kami akan mengadakan bootcamp tanpa media sosial dan streaming. Hanya kami sahaja.
“Ada beberapa perkara lagi yang kami perlu perbaiki namun kami teruja untuk sesi latihan dan kejohanan yang seterusnya,” kata Jangs kepada WTM Today.
Menurut Jangs, pihaknya ada menyewa sebuah vila untuk tujuan bootcamp baru-baru ini. Jelasnya impak bootcamp itu membuahkan hasil sehingga menunjukkan peningkatan dalam prestasi Bigetron RA.
Pasukan itu juga telah memenangi Kejohanan Ultimate Warrior Showdown pada minggu lalu. Kejohanan itu melibatkan pasukan-pasukan utama PUBG Mobile di Asia.
Menerusi kemenangan itu, Jangs juga telah bernazar dengan membotakkan kepalanya.
Bigetron RA akan menyertai PMWI 2021 yang akan diadakan pada 22-25 Julai nanti.
PMWI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta) yang akan digunakan untuk tujuan amal.