PUBG Mobile
Yoodo Gank, Team Bosskurr semakin hampir ke PMPL S4

SELEPAS kehilangan slot jemputan terus ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 yang lalu, dua pasukan tempatan Yoodo Gank dan Team Bosskurr kini semakin hampir dalam melayakkan diri ke untuk bersaing dalam kejohanan itu.
Yoodo Gank dan Team Bosskurr berjaya mara ke Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021 apabila berada dalam kelompok tiga terbaik peringkat Zon Final Sanhok tadi.
Selepas 10 pusingan dimainkan, Yoodo Gank mendominasi dengan kutipan 145 mata dan Team Bosskurr 112 mata.
Kedua-dua pasukan itu kini mempunyai satu lagi misi bagi mendapatkan slot ke PMPL MYSG S4, iaitu dengan berada dalam kedudukan empat teratas pada Grand Final PMNC nanti. Satu lagi pasukan tempatan yang akan menyertai Yoodo Gank dan Team Bosskurr adalah The Gringos Esports.
Berikut adalah keputusan penuh Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) Zon Final Sanhok PMNC:
Map 1 – Erangel – Team Bosskurr
Map 2 – Erangel – Dev Athena
Map 3 – Sanhok – WAFAM 4 Killer
Map 4 – Erangel – The Gringos Esports
Map 5 – Erangel – Yoodo Gank
Map 6 – Erangel – The Gringos Esports
Map 7 – Erangel – Yoodo Gank
Map 8 – Sanhok – Last Survivor Liberty
Map 9 – Erangel – VXM New Era
Map 10 – Erangel – Hastalavista Esports
Grand Final PMNC akan berlangsung pada 16-17 Julai akan datang. Ia akan melibatkan 16 pasukan PUBG Mobile tanah air.
Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM100,000.
Jika anda terlepas aksi Zon Final Sanhok PMNC 2021 tadi, anda boleh tonton di sini: