Connect with us

PUBG Mobile

Geek Fam dipilih wakil Malaysia ke PMWI East 2021

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Geek Fam sah dipilih sebagai wakil Malaysia ke kejohanan antarabangsa, PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2021 yang akan diadakan pada 22-25 Julai nanti.

Perkara itu diumumkan Penganjur PMWI, PUBG Mobile Esports menerusi platform media sosial pada malam tadi.

Meski tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, pemilihan Geek Fam ke kejohanan itu mungkin berikutan jumlah mata terkumpul pasukan itu ke PMGC adalah tertinggi sekali  dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) ketika ini iaitu 491 mata.

Menurut pengajur, Geek Fam akan bertanding bagi PMWI Timur bersama gergasi-gergasi PUBG Mobile yang lain seperti Bigetron Red Aliens (Indonesia), Zeus Esports (Mongolia), Natus Vincere (Rusia), Valdus Esports (Thailand).

Berikut adalah senarai penuh pasukan-pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia yang akan menyertai PMWI 2021:

PMWI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta) akan digunakan untuk kebajikan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved