Connect with us

PUBG Mobile

Misi Yoodo Gank ke PMPL S4 bermula

Published

on

MISI pasukan PUBG Mobile popular tanah air, Yoodo Gank untuk mara ke Liga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 akan bermula pada hari ini menerusi peringkat final Zon Sanhok Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021 .

Dalam kejohanan yang akan berlangsung selama dua hari itu, Yoodo Gank perlu berada dalam kelompak teratas sebelum melayakkan diri ke ke Grand Final PMNC 2021.

Menurut pengurus Yoodo Gank Kevin Wong, dia berharap pasukannya dapat mengharungi segala kejohanan dengan lancar tanpa sebarang isu.

“Misi kami adalah untuk kembali beraksi dalam PMPL.

“Kami berharap dapat sertai kembali bersama pasukan-pasukan PMPL yang lain. Semoga circle (bulatan) berpihak kepada kami,” katanya kepada WTM Today.

Pada PMPL S3 yang lalu, Yoodo Gank yang pernah menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara pada tahun 2020, berada di tangga ke-13 dan hanya mampu berputih mata apabila tidak layak menerima slot PMPL MYSG  S4.

Pasukan itu perlu melalui kelayakan PMNC untuk menyertai PMPL MYSG S4.

PMPL MYSG S4 dijangka akan berlangsung pada Ogos nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved