PUBG Mobile
Kejohanan dunia PMWI tawar RM12 Juta

PIHAK PUBG Mobile Esports telah memperkenalkan satu kejohanan antarabangsa iaitu PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2021 yang akan diadakan pada 22-25 Julai nanti.
Dalam satu kenyataan di media sosial, PUBG Mobile Esports telah mengacah satu foto dengan kapsyen: “It’s time to own the circle! (Sudah tiba masanya untuk menguasai bulatan!)”
Menurut penganjur, hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta) akan digunakan untuk derma dan kebajikan.
The PUBG MOBILE WORLD INVITATIONAL will be in action from July 22 to 25! IT'S TIME TO #OWNTHECIRCLE
Powered by @gwbps with 3 million USD charity pool! Official smart phone partner @Oneplus & media partner @NimoTVglobal.
Stay tuned for more updates! #PUBGMOBILE #PMWI #PMWI2021 pic.twitter.com/CS3ANAfzIo
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) July 9, 2021
Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai senarai penuh pasukan yang akan menyertai kejohanan itu belum didedahkan.