Connect with us

PUBG Mobile

“Vokey memang ada tryout dengan Homebois, tapi…”

Published

on

PEMINDAHAN pemain kompetitif PUBG Mobile, Muhammad Imran Rosli (Vokey) ke pasukan baharu dilihat semakin pasti.

Menurut pengasas dan pemilik pasukan e-sukan Homebois, Nureddy Nursal ( Daddyhood), dia mengesahkan yang Vokey ada melakukan tryout (sesi percubaan) bersama pasukannya.

Walau bagaimanapun, Daddyhood berkata dia tidak pasti sama ada Vokey akan menyertai Homebois.

“Vokey ada tryout dengan Homebois tapi besar kemungkinan dia akan ke Geek Fam,” kata Daddyhood kepada WTM Today hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Vokey berpisah dengan RSG selepas hampir dua tahun bersama.

Antara pencapaian tertingginya sepanjang bersama RSG termasuklah memenangi Grand Final PMPL MYSG Musim Ketiga 2021.

Selain bergelar seorang pemain e-sukan profesional, Vokey juga merupakan seorang penghibur penstriman langsung popular tanah air dengan rekod lebih 2 juta pengikut di media sosial.

WTM Today kini sedang menunggu reaksi rasmi daripada pihak Geek Fam berhubung perkara ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved