Connect with us

PUBG Mobile

REX pilih RSG

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) akhirnya telah membuat keputusan untuk meneruskan karier e-sukannya bersama RSG.Perkara itu disahkan Pengurus Operasi RSG Malaysia, Aiman Wafiy kepada WTM Today seketika tadi.

“Ura-ura itu benar, REX secara rasmi akan menyertai kami pada hari ini,” kata Aiman secara ringkas.

Menurut Aiman, RSG juga akan melakukan satu pengumuman rasmi pada jam 3 petang nanti.

https://www.instagram.com/p/CQ0B2HRhb8I/

Pada 27 Jun lalu, Rex telah membuat kemunculan istimewa bersama RSG untuk menyertai kejohanan Grand Final Arena Siber Asia Tenggara (SEACA) Kelayakan Malaysia 2021.

Dalam kejohanan itu, RSG muncul ditempat kedua dan menerima slot untuk ke peringkat yang seterusnya bagi bersaing dengan pasukan-pasukan PUBG Mobile Asia Tenggara yang lain.

BACA: RSG dah lama minat Rex

Rex sebelum ini mendapat tawaran lebih 10 pasukan profesional PUBG Mobile ketika bergelar ejen bebas dalam tempoh beberapa minggu.

Dia menjadi ejen bebas kerana dikeluarkan dari Team Secret secara rasmi pada 24 Mei yang lalu.

Sebelum dikeluarkan, Rex dihantar ke Team Secret cawangan Thailand iaitu Secret Jin dan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di liga itu.

Namun begitu, bakat Rex seperti disia-siakan apabila dia hanya membuat kemunculan kurang daripada 10 kali sepanjang liga Thailand itu berlangsung.

Sebelum menyertai Team Secret cawangan Thailand itu, Rex telah beberapa kali membuat kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Team Secret MY.

Dia memulakan perjalanan bersama Team Secret MY di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero 2020 (ranking ke-15) dan mengakhiri perjalanan di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero 2020 di ranking ke-7.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved