Connect with us

PUBG Mobile

RSG dah lama minat Rex

Published

on

ORGANISASI e-sukan RSG, mengakui sudah lama memasang hasrat untuk merekrut pemain profesional PUBG Mobile Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex).

Pengurus Operasi RSG Malaysia, Aiman Wafiy berkata RSG bersedia menerima penyertaan Rex sebelum Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021 lagi.

“Kami memang sangat berminat dengan Rex sebelum PMPL MYSG S3 bermula lagi,” kata Aiman secara ringkas kepada WTM Today.

PMPL MYSG S3 telah dijalankan pada Mac lalu. Sebelum ia diadakan, Rex telah dihantar ke skuad PUBG Mobile Thailand, Secret Jin dan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di liga itu.

Namun begitu, bakat Rex seperti disia-siakan apabila dia hanya membuat kemunculan kurang daripada 10 kali sepanjang liga Thailand itu berlangsung.

Rex kini tidak bernaung dengan mana-mana organisasi, selepas dikeluarkan Team Secret secara rasmi pada 24 Mei lalu.

Sebelum menyertai Team Secret cawangan Thailand itu, Rex telah beberapa kali membuat kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Team Secret MY.

Dia memulakan perjalanan bersama Team Secret MY di PMWL Musim Zero 2020 (ranking ke-15) dan mengakhiri perjalanan di PMGC Musim Zero 2020 di ranking ke-7.

Rex juga telah membantu Team Secret memenangi PMPL MYSG Musim Kedua di peringkat liga dan final pada tahun lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved